Aryan Khan hidup menyendiri! Tak mandi, tak makan dalam penjara! Shah Rukh Khan, Gauri bimbang!
Published byAryan Khan, 23, anak bintang Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK), 55, kini hidup menyendiri dan tidak mahu berinteraksi dengan tahanan lain dalam penjara.
Aryan dipantau dan diberi tahap keselamatan lebih ketat dan dipindahkan ke pusat tahanan khas di Penjara Arthur Road, Mumbai, menurut media PinkVilla.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Shah Rukh Khan
Aryan (kanan) ketika ditahan kerana memiliki dadah pada 3 Oktober 2021. - Kredit foto: PinkVilla
Sebelum ini SRK dilaporkan menghantar wang untuk perbelanjaan kantin kepada Aryan bagi membolehkan anak sulung kesayangannya merasai makanan lebih selesa.
SRK mengirim wang sebanyak Rs4,500 (kira-kira RM250) pada 11 Oktober 2021, iaitu jumlah maksimum yang dibenar oleh pihak penjara. Perkara itu disahkan oleh Penguasa Penjara, Nieten Waychal.
Aryan ditahan hingga 20 Oktober 2021 ini untuk siasatan lanjut selama 14 hari.
Isterinya, Gauri turut berdoa dalam majlis keagamaan dikenali sebagai Navratri bermula 7 Oktober 2021 lalu dan berpuasa ikut kepercayaannya iaitu tidak mengambil gula.
Sejumlah pelakon memberi ucapan tabah kepada Aryan melalui media sosial. Beberapa bintang lain seperti Salman Khan dan Preity Zinta mengunjungi kediaman SRK untuk memberi semangat menghadapi dugaan itu. - KitaReporters
Kredit foto: Tribune India