Video| Cantik sangat! Pasangan Indonesia dengan busana Malaysia! Gaya Nusantara pada majlis nikah!
Published byBudaya Malaysia dan Indonesia banyak persamaan yang ramai tahu sehingga tidak dapat dibezakan sama ada ia berasal dari Malaysia ataupun Indonesia.
Satu pasangan dari Indonesia telah tular dalam sebuah video TikTok apabila mereka memilih untuk mengayakan busana akad nikah seperti masyarakat Melayu di Malaysia.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan alam perkahwinan
Cantik sangat peragaan busana yang dibuat oleh pasangan ini!
Dilihat dari video tersebut pengantin perempuan menggayakan baju kurung berwarna putih dan suaminya menggayakan baju Melayu lengkap bersampin dan juga songkok pada majlis akad nikah yang diadakan.
Ternyata, ini adalah keinginan pengantin perempuan untuk menggayakan baju kurung ala-ala pengantin di Malaysia semasa majlis perkahwinannya.
"Nanti akad nikah pakai ala-ala Malaysia ya bang,” tulis wanita berkenaan.
Oleh sebab itu, netizen memuji kedua-dua pasangan ini kerana menggayakan busana kahwin gaya masyarakat di Malaysia yang cukup cantik.
Walaupun menggayakan busana Malaysia, pasangan ini turut dipuji kerana tetap memakai kalungan bunga seperti tradisi Jawa yang dilihat pada dirinya.
Selamat pengantin baharu dan tahniah kepada kedua-dua mempelai! - KitaReporters