Bicara Seni| Komitmen Fasha Sandha perlu dicontohi! Sertai kelas lakonan! Baca skrip ketika sakit!
Published byKomitmen Fasha Sandha terhadap bidang lakonan patut dipuji dan patut menjadi ikutan para pelakon lain.
Mencari nafkah melalui bidang seni, Fasha Sandha atau nama Nur Fasha Sandha Hassan, 38, sanggup untuk mengikuti kelas lakonan dengan muka-muka baharu, bagi memantapkan lakonannya. Dia ingin melakonkan pelbagai watak mencabar sesuai dengan peningkatan usianya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Fasha Sandha
Dan ketika berlakon telefilem ‘Anak Tuan’, Fasha tidak marah kepada pihak penerbitan dan kr apabila mengalami kecederaan pada bahagian mata kirinya ketika syuting (penggambaran).
Malah dia mahu meneruskan penggambaran walaupun cedera tetapi doktor melarang dan pihak penerbitan memutuskan untuk menangguhkan penggambaran.
Ketika dirawat di hospital, Fasha menggunakan masa berehat selama 8 hari 7 malam, untuk membelek semula skrip ‘Anak Tuan’ dengan sebelah mata bagi memberikan lakonan lebih mantap, namun tetap berhati-hati agar insiden terdahulu tidak berulang.
Fasha juga enggan menerima bayaran perubatan daripada syarikat penerbitan.Sebaliknya dia menggunakan kad perubatan dan insurans yang pertama kali diguna sejak memilikinya pada tahun 2004.