PERKONGSIAN sebuah video seorang wanita yang menunjukkan terima makanan daripada jiran berbangsa Cina menjadi tular sehingga mencapai lebih 2.5 juta tontonan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @eikinhanipah, memaparkan majlis sambutan hari jadi yang dibuat oleh jiran untuk anak di kawasan perumahannya.

Apa yang mencuri tumpuan adalah beliau yang tidak dijemput jirannya kerana jiran tersebut menghidangkan makanan tidak halal kepada tetamu pada majlis itu terima bungkusan makanan KFC sebagai ganti.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan jiran dan kejiranan


"Jiran Cina buat jamuan hari jadi untuk anak. Dia tidak jemput makan sebab makanan dia tidak halal.

“Lepas itu dia cakap kakak jangan beli makanan ya malam ini, saya sudah tempah KFC. Jadi inilah KFC nya. Jiran yang baik itu rezeki kan,” katanya dalam laman aplikasi TikTok.



Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kagum dengan sifat toleransi serta kebaikan jiran itu memupuk semangat perpaduan dan aspirasi Keluarga Malaysia.

“Bagusnya dapat jiran yang baik macam ini. Dia memang menjaga silaturahim masyarakat,” ujar @I’VeBeenHills.

“Keharmonian macam inila kita perlu terapkan sesama manusia. Bukannya bersifat sombong. Baik dengan jiran satu hari kita perlukan pertolongannya juga,” tulis @yazid.

“Seronoknya dapat jiran yang baik-baik belaka walau tidak kira apa bangsa pun,” kongsi @cekodok . - KitaReporters


10
15
0
9
0

Copy Link: