Tok Ram termarah Dina ketika sesi latihan GV9! Kini tahu kenapa! Tiada penyingkiran pada minggu ke-6!
Published byKredit foto-foto: Astro Gembak, FB F8Buzz
KETUA juri Gegar Vaganza (GV) musim kesembilan (GV9), Datuk Ramli MS mengakui tersilap selepas termarah Dina Nadzir ketika sesi latihan pada Sabtu, 22 Oktober 2022 lalu.
Bagi Datuk Ramli MS atau lebih mesra dipanggil Tok Ram berkata, Dina kurang perform beberapa sesi latihan minggu itu menyebabkan Tok Ram terpaksa tegur dirinya dengan nada sedikit marah.
Namun itu semua berubah selepas penyanyi itu menerima panggilan bahawa ayahnya berada dalam keadaan nazak menyebabkan Tok Ram mengetahui punca utama mengapa Dina sukar untuk memberi aksi terbaik ketika sesi latihan itu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi, penyampai radio Dina Nadzir
Pada hari yang sama sebelum persembahan GV9, media melaporkan bahawa ayah Dina, Mohd Nadzir Gulam Kadir telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.10 pagi Ahad, 23 Oktober 2022.
Ini menyebabkan Dina tidak dapat membuat persembahan pada minggu ke-6 dan digantikan dengan Jaclyn Victor, Shila Hamza dan Raja Farah Afzal Raja Ikram atau Tom sebagai persembahan untuk tribute pada sahabat mereka.
Pihak Astro bersama ketua juri mengambil kira apa yang terjadi pada Dina dan satu keputusan diambil apabila tiada penyingkiran dilakukan.
Bagi Tok Ram, tidak adil untuk singkirkan Dina yang tidak hadir menyanyi sebab perkara di luar kawalan dan sebagai manusia, mereka mempunyai nilai kemanusian. - KitaReporters
Kredit foto-foto: Astro Gembak, FB F8Buzz