Video| Kiah Propa berhati mulia! Kerana mahu jaga bekas suami! Ada kanser! Pinang dan kahwin semula!

Published by
KitaReporters



Kiah Propa adalah nama yang sinonim dalam rancangan ‘Melodi’ TV3 kira-kira 15 tahun lalu. Ketika itu wanita yang nama asalnya Siti Rokhaida Abdul Khalil yang dikatakan celupar ini mengendalikan segmen gosip dalam rancangan hiburan yang popular itu.

Selepas meninggalkan TV3, Kiah Propa menjadi pengacara bebas dan berlakon. Kemudian dia menjadi usahawan bidang makanan.


Kiah Propa dan Nazri berkahwin semula pada Sabtu 16 November 2024.

Setelah beberapa tahun nama Kiah Propa senyap, tiba-tiba namanya kembali hangat.

Ini kerana dia melakukan perkara terpuji yang jarang dilakukan oleh ramai kaum wanita. Pengikut laman sosial Tik Tok dan Instagram Kiah Propa memuji langkah yang dilakukannya.

Kiah Propa, 45, meminang bekas suamnya, Mohamad Nazri Ismail, 57, selepas lelaki itu didiagnos kanser leher sejak minggu kedua November 2024.

Kiah Propa dan Nazri berkahwin pada 2011 namun berpisah selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga.

Sejak lapan tahun ini, Nazri mengajak Kiah Propa untuk kembali, namun wanita ini menolak kerana lebih selesa hidup sendirian.

Namun akhirnya fikirannya berubah setelah mengetahui Nazri disahkan mengidap kanser leher pada minggu kedua November 2024.

Dua anak perempuan gembira Kiah Propa dan Nazri kembali bersatu

Bukan kerana nafsu, sebaliknya untuk membantu merawat dan menjaga Nazri dengan selesa dan tanpa timbul fitnah.

Ketika sudah berpisah hubungan mereka tetap baik sebagai teman dengan Nazri turut membantu Kiah Propa berniaga.

Setelah berfikir panjang, Kiah Propa melakukan perkara yang jarang dilakukan oleh ramai kaum wanita, iaitu meminang bekas suaminya.


Lalu dia membuat persiapan selama seminggu untuk majlis pernikahan semulanya itu pada Sabtu, 16 November 2024.

Majlis sederhana itu diadakan di rumahnya di Rawang, Selangor dan turut dihadiri keluarga serta rakan rapat. Mas kahwin RM300.

Selepas berkahwin semula, Kiah Propa bebas bergerak dan akan fokus kepada rawatan Nazri kerana banyak prosedur lagi perlu dia lalui.

Kembali hidup bersama turut mengembirakan kedua-dua anak perempuan mereka.

Diharap perkahwinan kali kedua ini akan memberikan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat buat Kiah Propa dan Nazri. - KitaReporters

14
13
0
19
0

Copy Link: