Video| Taiping nantikan kehadiran 3k peserta dari 60 negara! Perlumbaan Ultra-Trail Malaysia UTMB!

Published by
KitaReporters


Bandar hujan, Taiping akan meriah apabila menjadi destinasi larian denai ke hutan pada 15 hingga 17 November 2024 di Taiping.

Pengarah perlumbaan Ultra-Trail Malaysia, Ewegene Tan berkata, hampir 3,000 peserta dari 60 buah negara akan menyertai edisi ketujuh perlumbaan anjuran Ultra-Trail Mont-Blanc (UTMB) ini.

Katanya, antara peserta dari negara seperti Singapura, Filipina, China. Peranchis, Vietnam, Korea dan Jepun.

"Pelari dari seluruh dunia akan beraksi dan berpeluang berlari dalam hutan dara yang dibenarkan oleh Jabatan Perhutanan.

"Pelari juga akan menguji kekuatan dan ketahanan diri mereka dalam lima kategori antaranya 100 km jarak perlumbaan berbeza bagi menerokai kawasan rizab hutan dan hutan simpan yang mengagumkan," katanya pada sidang media di Taiping pada 28 September 2024.

Ewegene berkata, selain itu pelbagai jenis laluan seperti bekas landasan kereta api lama, laluan ladang, trek pemanduan pacuan empat roda dan kawasan hutan lasak.


Ewegene Tan (kanan) menunjukka labu sayung yang dijadikan cenderamata kepada pelari Ultra-Trail Malaysia kepada Wong Kah Woh pada sidang media di Taiping pada 28 September 2024.


Sementara itu Ahli Parlimen Taiping, Wong Kah Woh berkata, pemilihan Taiping bagi penganjuran larian ini merupakan destinasi menarik kerana bandar ini mempunyai pelbagai tarikan dan sejarah.

Katanya, program ini penting kerana penganjuran larian ini adalah salah satu daripada siri-siri yang dianjurkan di sini.

"Taiping kaya dengan mempunyai tempat bersejarah yang pertama dan tertua serta kaya dengan pelbagai kebudayaan," katanya lagi.

Beliau berkata, ia akan membawa nama Taiping ke serata dunia. - KitaReporters


14
13
0
13
0

Copy Link: