Mat London atau Dr Ahmad Ibrahim, 74, dikenali sebagai pelakon filem pada usia sudah veteran iaitu selepas berusia sekitar 70 tahun. 

Dia ditonjol oleh pengarah serba boleh, Allahyarham Mamat Khalid melalui beberapa siri filem bertajuk  ‘Kampong Pisang’ dan drama tv bersiri ‘Kampong Pisang Bersiri-siri (2020-2021). 

Mat London membawa watak Pak Karim. Mamat Khalid berjaya membentuk watak Pak Karim itu menjadi fenomena.

Mat London kelihatan secara fizikal berwajah garang, namun dalam kalangan mereka yang mengenalinya mengetahui bahawa dia sebenarnya berjiwa kelakar.

Watak Pak Karim identikal dengan Mat London

Mat London lebih ke bidang pengarahan filem dan drama. Dia juga memberi tumpuan terhadap tugasnya sebagai Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM). 

Bagi membantu menjaga kepentingan golongan pengarah filem dan drama, Mat London mengambil alih tugas sebagai Presiden FDAM mulai 26 September 1990 yang bermasalah ketika itu. 

Mat London berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden FDAM selama 32 tahun  sehingga dia meninggal.

Antara perkara yang diperjuangnya untuk lebih 400 ahli persatuan diberikan peluang mengarah lebih  seimbang. Ia ekoran sikap sejumlah stesen TV swasta yang menentukan siapa pengarah dan menolak nama pengarah yang tidak disukai.


Mat London ketika menjalankan kerja pengarahan

Ekoran sikap lantang mengkritik stesen TV swasta tertentu, Mat London mula kurang mendapat peluang mengarah apabila pihak produser tidak berani mendapatkan khidmatnya. 

Pada Disember 2022, Mat London merupakan antara tiga orang yang ditarik balik pelantikan sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). 

Geram dengan pengguguran itu, Mat London berazam untuk menduduki kerusi Pengerusi FINAS. Dia yakin dengan kelulusan, kedudukan  dan pengalaman selama 40 tahun  elayakkan dia menduduki jawatan tertinggi itu.

Mat London sudahpun menemui Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil untuk melobi jawatan itu.


Jawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif menjadi idaman beberapa pengiat seni kerana kedudukannya berprestij dan berpengaruh. Namun hasratnya terbantut setelah dipanggil Illahi pada pagi Jumaat, 14 Julai 2023 setelah mengalami beberapa penyakit kronik dan sempat ditidurkan.

Mat London mementingkan kelayakan akademik. Dia memperolehi ijazah pertama, Ijazah Teater dari Academy Film D'Arte National University of Rome, Rome, Italy serta mempunyai beberapa ijazah peringkat master hingga Doktor Falsafah (PhD) luar dan dalam negeri. Ia melayakkannya menjadi pensyarah bidang perfileman.


.


Nama Mat London digunakan bagi memberi identiti tersendiri bagi dirinya. Latar belakang Mat London kurang dihebah. 

Melalui perkahwinan pertama Mat London. mempunyai enam anak. Dan melalui perkahwinan kedua selama 30 tahun (1980 -2010) dengan pelakon veteran Fadilah Mansor, mendapat dua anak. 

Setelah empat tahun bercerai, Fadilah berkahwin dengan penyanyi pop yeh-yeh, Datuk A Rahman Hassan pada tahun 2014 hingga meninggal pada 2019.

Sebaliknya Mat London terus membujang dan tinggal di rumahnya di Taman Melawati bersama pembantu lelakinya. 

Namun hubungan mereka tetap rapat sebagai teman sehingga Fadilah tetap menziarahi Mat London ketika sakit dan turut hadir pada majlis pengkebumian.

Mat London sakit sejak 16 Jun 2023 dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Allahyarham menghembuskan nafasnya yag terakhir selepas azan subuh Jumaat, 14 Julai 2023 bergema pada 5.57 pagi. 

Jasadnya disemadikan di Tanah Perkebumian Islam Taman Melawati selepas solat Jumaat. 

Menonton beberapa siri filem ‘Kampong Pisang’ dalam TV atau saluran YouTube dan siri ‘Kampong Pisang Bersiri-siri’ di AstroRia akan mengingatkan kita kepada Mat London yang membawa watak Pak Karim. - KitaReporters


/

Kepergian Mat London dirasai ramai dan dianggap satu kehilangan dalam bidang seni 

4
6
0
17
0

Copy Link: