Gila Hindustan| Video| Kalau dah rezeki! 4 kali Shah Rukh tolak! Bintangi Dilwale Dulhania Le Jayenge!
Published by.
Kajol dan Shah Rukh Khan, bintang utama 'Dilwale Dulhania Le Jayenge', filem blockbuster yang memperoleh kutipan tertinggi pada 1995.
REZEKI tidak salah alamat. Jika Allah telah menentukan, tiada siapa dapat menangkis atau mengalihkan kepada orang lain.
Itulah yang dialami pelakon sensasi Shah Rukh Khan. Empat kali dia menolak tawaran membintangi filem ‘Dilwale Dulhania Le Jayenge’ (DDLJ) selaku hero sebelum akhirnya menerima tawaran tersebut.
Filem ini merupakan arahan pertama Aditya Chopra. Produser filem ialah Yash Chopra, bapa Aditya. Gubahan muzik oleh Jatin Lalit, lirik oleh penulis lirik tersohor, Anand Bakshi.
Aditya Chopra, pengarah filem 'Dilwale Dulhania Le Jayenge'.
Ternyata memang rezeki tertulis untuk Shah Rukh Khan. Filem keluaran Oktober 1995 yang bermodal 4 crore Indian Rupees (INR) atau RM2.032 juta itu muncul filem blockbuster (pecah panggung). Ia memperoleh kutipan 102 crore INR (RM51.816 juta), kutipan filem tertinggi pada 1995.
Selain itu
ia memenangi beberapa anugerah, termasuk Anugerah Filem Kebangsaan (National
Film Award). Lagu-lagu filem tersebut muncul antara album paling popular tahun
1990-an.
Antara lagu popular ‘Tuje Dekah Toh’, ‘Mehndi Laha Ke Rakhna’, ‘Mere Khwabon Mein’, ‘Rukh Ja O Dil Diwane’, ‘Ho Gaya Hai Tujhko’ dan ‘Zara Sa Jhoom Loon Main’.
Selain Shah Rukh Khan, filem ini dibintangi oleh Kajol selaku heroin yang memegang watak Simran Singh. Sewaktu ditawar peranan ini Kajol terus menerima. Dia sebelumnya pernah bergandingan dengan Shah Rukh Khan dalam filem ‘Baazigar’ (1993) dan ‘Karan Arjun’ (1995).
Bintang lain yang membarisi DDLJ ialah Amrish Puri, Anupem Kher, Farida Jalal, Karan Johar, Achala Sachdev, Pooja Ruparel, Satish Shah dan Mandira Bedi.
Kiri Raj Maholtra (Shah Rukh Khan) memohon kepada Chaudhary Baldev Singh (Amrish Puri) agar mengizinkannya mengahwini anaknya, Simran (Kajol) dalam 'Dilwale Dulhania Le Jayenge'.
Asalnya pengarah Aditya Chopra menawarkan peranan hero kepada Salman Khan. Dia menolak. Kemudian tawaran diberi kepada Aamir Khan yang juga menolak. Selanjutnya tawaran diberi kepada Saif Ali Khan. Apabila Saif juga menolak, tawaran diberi kepada Shah Rukh Khan.
Shah Rukh Khan
pada awalnya menolak bukan kerana tidak suka jalan cerita atau tidak sehaluan
dengan bintang-bintang yang bakal berganding dengannya.
Sebenarnya dia
lebih suka membintangi filem aksi. Filem DDLJ perlukan dia memegang watak romantik.
Tetapi penolakannya bukan kerana watak romantik yang bakal digalas.
Sebaliknya
kerana dia dikehendaki memegang peranan sebagai Raj Malhotra, seorang remaja
pelajar kolej, berusia dalam lingkungan 18 tahun.
Shah Rukh
merasakan peranan itu tidak sesuai untuknya kerana merasai dirinya sudah tua. Ketika
itu dia sudah berusia 30 tahun.
Kerana itu walau
pun berkali-kali dipujuk oleh produser dan pengarah yang meyakinkan watak itu
sesuai untuknya, Shah Rukh tetap menolak. Sehinggalah selepas empat kali menolak
tawaran akhirnya dia mengalah.
Kejayaan DDJL pastinya sangat melegakan Shah Rukh Khan, menepis keraguan sebelumnya dia terlalu tua untuk watak remaja. Ia juga membuktikan dia mampu membawa watak romantik selain watak aksi.
Dua adegan Shah Rukh Khan dan Kajol dalam filem 'Dilwale Dulhania Le Jayenge' yang menampilkan kemampuan Shah Rukh Khan membawa watak romantik.
Mereka
kemudian jatuh cinta. Namun Simran telah pun bertunang dengan lelaki lain. Bapa
Simran telah lama berjanji mengahwinkan anaknya dengan anak kawannya. Dibakar
semangat cinta membara, Raj pergi ke India dan berusaha mengambil hati keluarga
Simran agar dia boleh mengahwininya.
Filem ini menjalani penggambaran di India, London dan Switzerland dari September 1994 hingga Ogos 1995, ditayangkan pada Oktober 1995. Filem ini tercatat dalam diari perfieman India sebagai antara filem hebat dan sentiasa diingati. - KitaReporters
Cinta mendalam antara Raj Maholtra (Shah Rukh Khan) dan Simran (Kajol) sukar dpisahkan sehingga Malhotra sanggup menghadap keluarga Simran untuk memetik Simran sebagai suri hati.