Radio Era FM mengambil keputusan dengan mengumumkan Najmi Shaharudin atau Namie dan Munaa Bella Mohamad (Munabella) sebagai penyampai slot pagi radio itu.

Dua nama itu bukanlah asing bagi Era kerana mereka sememangnya sudah menjadi penyampai di situ. 

Bagi Namie, dia sering membuat segmen Sabtu Pagi Era pada jam 7 pagi hingga 10 pagi sementara Munabella pula mengendalikan segmen Chingu Era yang lebih memberi tumpuan kepada lagu Korea.


Kredit IG: Munabella 


Sebelum ini, menerusi Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA), radio itu membuat permohonan maaf susulan video yang membabitkan Nabil Ahmad, Azad Jasmin serta Radin sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan upacara suci dilakukan ketika Thaipusam kepada Dewa Murugan.

"Kami di Astro Audio melahirkan rasa kekesalan dengan insiden yang sudah menyakitkan dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak membabitkan tiga penyampai radio Era.

"Kami amat menghargai maklum balas, teguran, dan nasihat daripada pelbagai pihak. Kami akan memastikan setiap kandungan yang disiarkan mematuhi kesemua garis panduan yang ditetapkan," katanya.



Sebelum ini, pada 4 Mac 2025, tersebar video pendek membabitkan Azad Jasmid (Pak Azad) yang sedang menari telah membuatkan ramai orang beragama Hindu terasa sangat marah sehingga ada laporan polis yang dibuat.

Disebabkan itu, trio Pagi Era itu dipanggil oleh pihak Polis Diraja Malaysia untuk siasatan dan dirakamkan keterangan mereka.

Pujian juga harus diberikan kepada Nabil, Pak Azad, dan Radin apabila mereka mengambil tindakan pantas melakukan permohonan maaf atas kesilapan mereka itu, termasuk sanggup pergi ke Batu Caves untuk berjumpa dengan pihak berwajib untuk meminta maaf. - KitaReporters


10
9
0
11
0

Copy Link: