Anna Jobling dituduh tak pernah post pasal Palestin! Takut tak dapat job! Peminat tampil pertahan!
Published byPelakon yang kini sedang meniti populariti sama ada di Malaysia mahupun di Indonesia gara-gara drama bersiri berjudul Melur Untuk Firdaus, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman atau nama pentasnya Anna Jobling, 23, dikecam oleh netizen perihal isu Palestin.
Menurut tuduhan netizen yang menggunakan akaun
Instagram bernama sarah_emilia03, pelakon kacukan Inggeris dan Melayu itu tidak
pernah membuat hantaran mengenai isu Palestin atau kata lain menunjukkan solidariti.
Tuduhnya lagi, Anna berbuat demikian kerana takut jenama-jenama besar tidak memberinya tawaran kerja. Namun, tuduhan itu tidak dibalas atau menerima respons daripada Anna. Mungkin kerana Anna tidak membaca komen atau sibuk bekerja.
Pada 17 Oktober 2023, Anna dituduh tidak pernah menyentuh isu Palestin kerana takut tidak menerima tawaran kerja daripada jenama besar.
“Dia ni terpaling rasa popular takut jenama-jenama
besar tak bagi dia job. Itu yang tak pernah post
pasal Palestin. Hello, awak tak guna awak punya influence untuk bagi awareness
pada orang such as stupid girl. Even
Bella Hadid dan Gigi Hadid yang memang gila-gila popular pun tunjuk solidariti
mereka untuk Palestin. Youre calling
yourself a muslim?,” tulis netizen tersebut.
Namun, disebabkan tiada respons daripada Anna, peminat setia pelakon itu menjawab tuduhan itu bagi pihak Anna. Menurut mereka, dakwaan itu silap kerana Anna pernah membuat hantaran mengenai Palestin.
Peminat tolong jawab bagi pihak Anna berkenaan tuduhan tersebut.
“Dari minggu kelmarin Anna sudah post di IG Story. Jadilah orang bijak, cari tahu dulu sebelum judges orang,” tulis seorang peminat.
Mungkin disebabkan hantaran mengenai Palestin itu dibuat menerusi IG Story, maka ia hanya bertahan dalam masa 24 jam sahaja dan kemudian hilang. Lain kali, jangan sesuka hati melemparkan tuduhan tanpa usul periksa.
Yang menuduh tu, ada buat perkara sama ke? Entah-entah diri sendiri pun tak pernah tunjuk tanda solidariti. Patutlah, akaun palsu rupa-rupanya!
Akhirnya Anna membuat hantaran mengenai solidaritinya terhadap Palestin dalam Instagram dan bukan lagi IG Story.
Terbaharu, KitaReporters mendapati Anna telah membuat hantaran terbaharu (18 Oktober 2023) dalam Instagram mengenai solidaritinya terhadap Palestin. - KitaReporters
Peminat yang kebanyakannya dari Indonesia memuji kecantikan asli Anna walaupun tanpa solekan.