Video| Bahagia jadi anak tunggal orang kaya! Majlis ulang tahun ke-17 RM1j! Hadiah kereta RM600k!
Published byBahagia menjadi anak jutawan dan apatah lagi anak tunggal pula kerana mampu menjalani kehidupan mewah yang diiri banyak pihak.
Ayahnya Nedi Suwiran, seorang pengusaha yang bertaraf jutawan sanggup menyediakan belanja Rp3 miliar (sekitar RM1 juta) untuk majlis ulang tahun (di Indonesia disebut Ultah) yang ke-17 Tali Kasih.
Pada majlis mewah itu, si ayah turut memberikan satu lagi hadiah cukup bermakna bagi Tali Kasih. Ia berupa sebuah kereta sports Toyota Supra berwarna mewah bernilai Rp2 miliar (kira-kira RM600 ribu).
Sebelum menjadi usahawan berjaya, Nedi Suwiran adalah Ketua Kampung (Kades) Sungai Ketupak, Kabupaten (Daerah) Ogan Komering Ilir (OKI), Sumatera Selatan selama 3 penggal sehingga 2019.
Sebagai anak kesayangan, Tali Kasih juga sering bercuti di luar negara sama ada bersama keluarga atau kawan-kawan.
Memiliki ijazah bukan untuk mencari pekerjaan sebaliknya sebagai memberi pengiktirafan bagi Tali Kasih yang akan mewarisi perniagaan bapanya.