Video| Saya mohon maaf dan saya maafkan orang mengata saya! Harap ni tak berpanjangan! - Ifa Raziah
Published byPenyanyi dangdut, Ifa Raziah, 47, membuat permohonan maaf secara eksklusif dalam program ‘Terpaling Juara’ yang bersiaran di TV3, pada malam hari Ahad, 21 Ogos 2022.
Permohonan maaf itu dibuat selepas namanya terpalit dengan kontroversi ketika didakwa bergelek di satu majlis akikah, baru-baru ini.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan selebriti Ifa Raziah
"Secara eksklusifnya, hari ini (21 Ogos 2022), saya buat permohonan maaf secara langsung. Saya mohon maaf kepada seluruh umat manusia, tak kira di mana anda berada dan saya memaafkan juga orang-orang yang mengata saya.
"Memang niat saya, nak buat permohonan maaf ketika berada di pentas, tapi tak berkesempatan. Jadi, dapat buat di belakang pentas pun tak apa.
"Alhamdulillah, ia dapat ditonton seluruh rakyat Malaysia yang menonton dan saya berharap, benda ini tidaklah berpanjangan lagi," katanya dalam wawancara dengan wartawan di belakang pentas dan disaksikan oleh penonton episod pertama program TV realiti, Paling Terpopular.
Program pertandingan hiburan itu disiar secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor.
Menurut Ifa, dia tidak didesak oleh mana-mana pihak termasuk keluarga, sebaliknya, ia ikhlas dari hatinya.
"Semua atas hati saya sendiri. Saya datang hari ini, nak cari rezeki. Pada saya, maaf itu satu benda yang baik dan mungkin ada hikmahnya. Tak perlu nak ego atau apa.
"Bila saya fikir yang saya pun dah berumur, saya tak mahu orang membenci saya. Kalau orang benci kita, rezeki itu macam tersekat-sekat dan macam tak ada rahmat," katanya ketika diwawancara oleh wartawan-wartawan.
Ditanya mengenai pengajaran daripada situasi yang berlaku, Ifa berkata, dia akan lebih berhati-hati dalam berkongsi aktiviti kerja seninya.
"Saya dah lali dengan benda ini, tapi sebagai manusia yang lemah dan buat kesilapan, kita kena lalui benda ini dan menjadi lebih matang.
"Pada masa akan datang, kalau ada jemputan persembahan atau apa, sebab kita dah tahu orang tak suka, kita tak perlu muat naik apa-apa (ke media sosial)," kata kepada media selepas acara berakhir.
Kontroversi membabitkan Ifa itu turut mendapat perhatian dan teguran beberapa pendakwah seperti Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, Ustazah Asma' Harun dan juga Datuk Ustaz Kazim Elias.
Sebelum ini, Ifa mendakwa dia menyanyi sambil bergelek selepas menerima bayaran mahal untuk tujuan itu, Difahamkan Ifa menerima bayaran RM20 ribu untuk tujuan tersebut.
Sementara itu, Ifa (Seripah Raziah Mustapha), 46, bersama Hazami, 47, dan Rahmad Mega, 52, menjadi artis Otai yang bersaing dengan tiga penyanyi 'budak baru nak up' (BBNU), Shazreen Shaharum atau Shaz (26 tahun), Aqmal Ramdan atau Aqmal (26), dan Aqeesh Aleya atau Aqeesh (18). - KitaReporters