Video| Hebatnya Siti Nurhaliza! Standing ovation pada Konsert AR Rahmna! Mampu sampaikan lagu Tamil!

Published by
KitaReporters


Puspita hati negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 44, berjaya mencabar diri menyampaikan sebuah lagu Tamil dengan baik nada dan sebutannya. 

Ia membuat Siti Nurhaliza  menerima tepukan berdiri (standing ovation) daripada kira-kira 60,000 penonton yang kebanyakannya berketurunan India di konsert mega  AR Rahman - Secret of Success - Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada malam hari Sabtu, 28 Januari 2023.  

SNBJ bergema dengan jeritan penonton sebaik Siti Nurhaliza tampil atas pentas dan memperlihatkan auranya sebagai penyanyi nombor satu negara.




Siti Nurhaliza juga sempat meluahkan perasaan gembiranya dapat berkongsi pentas dengan AR Rahman.

“Saya berbesar hati dan gembira kerana diberi peluang berkongsi pentas dengan pemuzik bertaraf legenda ini. Ia merupakan malam sejuta kenangan baginya.

“Saya akan cuba menyampaikan lagu ini dengan sebaik yang mungkin,” katanya ketika muncul di pentas.

Usaha Siti Nurhaliza mendapatkan ‘guru berketurunan India’ untuk mengajarnya berbaloi apabila dia yang menjadi penyanyi undangan khas, menerima sorakan gemuruh ketika mendendangkan sebuah lagu klasik berbahasa Tamil, ‘Munbe Vaa’ ciptaan AR Rahman dan dipopularkan penyanyi kelahiran India, Shreya Ghoshal.


Siti Nurhaliza teruja muncul sepentas dengan AR Rahman


Siti Nurhaliza menyampaikan lagu tersebut bersama vokalis ternama India, Haricharan Seshadri. 

Walaupun majoriti penonton adalah kaum India, namun terdapat sejumlah penonton dari keturunan Melayu. Di antaranya  selebriti tempatan antaranya Harith Iskandar dan Fatin Afeefa serta suami.

Malah konsert mega ini menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Ismail. Turut menonton ialah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.


Anwar Ibrahim, Wan Azizah wan Ismail dan Fahmi Fadzil turut menonton

Konsert mega AR Rahman ini menarik sehingga 60,000 penonton menyebabkan laluan trafik di pekarangan Bukit Jalil sesak dengan kenderaan berpusu-pusu masuk ke kawasan Stadium Bukit Jalil.

Ternyata, ramai yang tidak melepaskan peluang mengubati kerinduan terhadap AR Rahman menerusi konsert anjuran DMY Creation Sdn Bhd itu.

AR Rahman membuka tirai konsert selama tiga jam itu bermula jam 8.30 malam dengan lagu popularnya, ‘Jai Ho’ dan ‘Muqabala’.

Konsert mega AR Rahman seperti konsert bertaraf antarabangsa apabila peminat dapat menonton persembahan menerusi paparan 14 skrin yang disediakan. - KitaReporters

7
17
0
11
0

Copy Link: