AWANG @ Musran Tawil mengagihkan juadah berbuka kepada orang ramai di sekitar Ibu Pejabat YaPEIM di Bandar Sunway, Selangor pada 6 April 2022.


Oleh: SYAHIDI BAKAR


SEJUMLAH RM1.12 juta diperuntukkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi mengagihkan juadah berbuka puasa di 14 buah negeri sepanjang Ramadan tahun 2022 ini. 

Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Awang @ Musran Tawil berkata, sumbangan yang dilaksana melalui pogram Inspirasi Qaseh Ramadan 1443H itu menyaksikan kira-kira 500 pek juadah berbuka diagih setiap hari selama 20 hari bermula pada Isnin, 4 April 2002 lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan juadah berbuka


Katanya, agihan juadah berbuka antaranya bubur lambuk dan nasi berlauk itu adalah sebagai satu tradisi dilakukan oleh YaPEIM sejak beberapa tahun lalu.

“500 pek juadah ini kita agihkan selama 20 hari di seluruh negeri termasuk di sekitar ibu pejabat YaPEIM di Bandar Sunway yang bermula 4 petang,” katanya selepas selesai mengagihkan sumbangan juadah berbuka di pekarangan ibu pejabat YaPEIM, pada 6 April 2022 lalu. 



Sementara itu, mengulas inisiatif dilaksana itu, Awang menjelaskan penghargaan wajar dizahirkan kepada penyumbang Tabung Amanah YaPEIM kerana hasil sumbangan mereka membolehkan agihan bantuan ini dikembalikan kepada warga memerlukan.

"Saya yakin dan percaya, tradisi sebegini akan diteruskan masa akan datang sekali gus memanfaatkan dana diterima YaPEIM bagi membantu rakyat yang memerlukan. - KitaReporters


10
14
0
14
0

Copy Link: