Yuna pernah diketawakan? Sebab nak nyanyi lagu Inggeris!!
Published byREZEKI jarang datang bergolek sekiranya seseorang itu tidak berusaha mencarinya. Kejayaan yang dicapai oleh seseorang yang berjaya pada hari ini, sebenarnya bukan semudah mengeja ABC. Tak percaya, cubalah tanya kepada tokoh-tokoh atau ikon yang berjaya hari ini bagaimana mereka menempuh perjalanan untuk mencapai kejayaan yang dikecapi itu. : KitaReporters
Jawapannya, mesti mereka melalui ujian dan kesusahan terlebih dahulu sebelum berjaya. Malah, ada yang gagal berkali-kali barulah berjaya.
Setiap insan yang berjaya, ada kisah duka di sebaliknya. Namun kisah duka itulah yang boleh menjadi motivasi untuk orang lain mencontohinya.
Baik orang biasa atau artis, bukan senang untuk berjaya kalau tidak bekerja keras.
Seperti penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna Zarai yang pernah melalui pelbagai kesukaran untuk berada di tempatnya sekarang.
Mengimbas kembali bagaimana dia pernah diperlekeh dan diketawakan kerana bercita-cita menjadi penyanyi lagu-lagu Inggeris, siapa sangka siapa dia hari ini.
Menurut Yuna dirinya pernah diketawakan oleh seorang pegawai eksekutif di sebuah syarikat rakaman terkenal kerana mahu menyanyikan lagu-lagu Inggeris dalam album.
"Saya hadir pada satu janji temu dengan syarikat rakaman terkenal di Malaysia pada tahun 2009 kerana mereka mahu mengambil saya sebagai penyanyi di bawah label mereka.
"Saya bertanya pada pegawai eksekutif muzik tersebut sama ada mereka akan membantu saya memasarkan lagu-lagu Inggeris saya.
“Namun eksekutif tersebut memberitahu bahawa album yang bakal diterbitkan nanti akan ada sembilan lagu Melayu dan hanya satu lagu Inggeris.
"Tapi saya mahu menyanyikan lagu-lagu Inggeris saya dan memasarkannya di luar negara. Label anda adalah syarikat rakaman antarbangsa kan?" kongsi Yuna dalam Insta Storiesnya
Tidak setakat itu sahaja, impiannya itu membuatkan pegawai berkenaan memandangnya seolah-olah keliru dan kemudiannya mula ketawa.
"Yuna, tiada siapa yang akan mendengar lagu Inggeris awak, buat sahaja lagu Melayu," kata pegawai tersebut.
Tambah Yuna lagi, pengalaman itu banyak mengajarnya. Kadang-kadang orang lain akan anggap cita-cita kita sebagai tidak masuk akal.
"Cita-cita anda mungkin dianggap gila pada segelintir orang, tetapi tidak mengapa.
"Cuma jangan biarkan diri anda percaya dengan kata-kata mereka apabila mereka memberitahu yang anda tidak akan dapat melakukannya," tulis Yuna lagi.
Lihatlah siapa Yuna hari ini.
Yuna turut berkongsi gambar-gambar bersama penyanyi ternama dunia seperti Pharrell Williams, Usher, gambar-gambarnya yang dipaparkan di Billboard di New York, serta temu ramah bersama pengacara Late Show yang terkenal, Conan O'Brien.
Semoga Yuna terus berjaya pada persada antarabangsa sambil mengharumkan nama negara. - KitaReporters