Berita Terkini| Tiada rentas negeri, langgar SOP! Tetamu kebetulan berada di KL - Siti Nurhaliza
Published byMAJLIS tahnik anak kedua penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Nurhaliza yang berlangsung di kediamannya pada 26 April 2021 lalu.
SELEPAS beberapa hari kecoh isu tahnik anak kedua kepada penyanyi terkemuka negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang didakwa tidak mengikut prosedur operasi standart (SOP) termasuk rentas negeri, Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa tampil memberi pencerahan mengenai majlis berkenaan yang diadakan pada 26 April 2021 lalu.
Selaku tuan rumah, beliau menjelaskan dakwaan itu timbul apabila mengundang seorang pendakwah bebas dari negeri lain sebagai tetamu.
“Di sini
kami ingin memaklumkan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku, sebaliknya
individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur
pada tarikh majlis itu diadakan.
“Memandangkan acara itu dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), atur cara majlis dan bilangan tetamu yang hadir mematuhi syarat penganjuran majlis sosial Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti seperti yang tertakluk pada tempoh itu,” kata mereka dalam kenyataan media di Kuala Lumpur pada Isnin, 3 Mei 2021.
Menurut ibu kepada Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa itu majlis berkenaan terbahagi kepada 3 sesi dengan bilangan tetamu terhad, dihadiri keluarga terdekat serta kumpulan Mawlid untuk mengambil keberkatan fadhilat sunat mengadakan tahnik dan memberi nama kepada anak pada hari ke-7 mengikut sunnah Rasulullah.
“Mengenai acara tahnik sebelah siang yang dihadiri Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, bukanlah majlis khas seperti yang disangka, sebaliknya beliau hanya singgah untuk menyempurnakan bacaan doa dan tahnik sahaja sebelum terpaksa bergegas pulang untuk urusan lain.
“Sebagai rakyat Malaysia yang patuh pada undang-undang dan peka dengan situasi semasa, kami tidak pernah memandang ringan mengenai hal ini dan selagi berada dalam kawalan, kami cuba untuk mematuhinya semampu mungkin,”ujar mereka lagi.
Penjelasan itu jelas mereka bukanlah untuk mempertahankan diri tetapi bertujuan memberikan pencerahan terhadap beberapa perkara yang telah menimbulkan kekeliruan dan salah faham terhadap pihak tertentu.
“Kesempatan ini juga kami ingin memohon maaf jika apa yang berlaku ini menerbitkan rasa kurang senang kepada mana-mana pihak. Kami memahami, berlapang dada dengan setiap teguran yang diberikan. Kami juga bersedia untuk memberi sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan,” katanya lagi.
Sebelum ini,
pengguna media sosial mempersoalkan isu kehadiran individu-individu ternama ke
majlis tahnik yang diadakan utuk anak lelaki Siti Nurhaliza itu.
Rata-rata
netizen meluahkan rasa ketidakpuashatian mereka apabila individu tersebut
dibenar merentas negeri untuk hadir ke majlis tahnik berkenaan.
Antara yang
dapat dilihat di majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal
Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta tiga penceramah
terkenal Azhar Idrus, Don Daniyal Don Biyajid dan Ustaz Iqbal Zain. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
SITI Nurhaliza dan suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa telah memilih nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan untuk anak kedua mereka.