Perhilitan Johor merampas 70 ekor burung murai batu dan 1,000 burung murai kampung dianggarkan bernilai RM66,000 di Kulai, Johor pada Jumaat, 23 April 2021. - Kredit foto: Perhilitan.


SEBANYAK 1,070 ekor burung murai yang dianggarkan bernilai RM66,000 yang dipercayai mahu diseludup ke negara jiran berjaya dirampas oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor dalam operasi di sebuah rumah di Taman Wawasan, di Kulai.

Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, operasi dijalankan melibatkan tujuh pegawai dan anggota pada 7.30 malam Jumaat, 23 April 2021.

“Hasil pemeriksaan di premis dan kenderaan yang berada di situ menemui 70 ekor burung murai batu dan 1,000 ekor burung murai kampung yang dianggarkan bernilai RM66,000.

“Turut dirampas. beberapa barangan termasuk kenderaan jenis Toyota Estima yang digunakan, satu unit telefon bimbit dan 74 bakul plastik,” katanya dalam kenyataan media di Kulai, pada Ahad 25 April 2021.

Berikutan penemuan itu, Salman menjelaskan seorang lelaki tempatan berumur 36 tahun diperiksa dan diambil keterangan untuk siasatan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

“Hasil siasatan awal, lelaki terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah untuk menyimpan hidupan liar tersebut.

“Dia juga disyaki cuba menyeludup hidupan liar tersebut ke negara jiran,” katanya.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat dan barangan kes dibawa ke pejabat Perhilitan Bandar Penawar untuk tindakan lanjut, katanya lagi. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, operasi dijalankan melibatkan tujuh pegawai dan anggota pada 7.30 malam Jumaat,23 April 2021. Kredit Foto Johorkini.com.

0
0
0
0
0

Copy Link: