Berita Terkini| Menteri tegaskan AstraZeneca disahkan selamat! Untuk individu 60 tahun ke atas!

Published by
KitaReporters

 

Vaksin AstraZeneca disahkan selamat untuk digunakan bagi individu berumur 60 tahun dan ke atas


VAKSIN AstraZeneca yang akan digunakan dalam fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah disahkan selamat dan sesuai untuk imunisasi golongan berusia 60 tahun ke atas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kumpulan peringkat umur berkenaan dinilai sebagai paling sesuai menerimanya nanti.

"Vaksin AstraZeneca ini akan digunakan dalam fasa kedua program imunisasi kebangsaan. Setakat ini, sudah sampai sebanyak 280,000 dos (vaksin AstraZeneca).

"Kita akan menggunakannya nanti bagi mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Vaksin ini disahkan selamat," katanya dipetik oleh Berita Harian, 26 April 2021.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Kesihatan akan mencadangkan kepada kerajaan supaya penerbangan dari India dihad atau dihentikan, dalam usaha mengatasi risiko penularan Covid-19 dari negara terbabit.

"Ada kebimbangan mengenai varian mutasi Covid-19 dari luar negara, terutama India. Kita akan memohon kepada kerajaan untuk had atau hentikan penerbangan dari negara tersebut berikutan ada mutasi berganda," ujarnya. - KitaReporters 


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0

Copy Link: