MEMBELI belah secara dalam talian sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita semua sekarang, lagi-lagi pada masa pandemik Covid-19 sekarang ini yang memudahkan urusan kita semua untuk kekal berada di rumah tanpa perlu keluar bila tidak perlu.

Namun baru-baru ini tular dalam Facebook Raynorton Motorsport berkongsikan gambar bungkusan yang diterima olehnya yang dibeli melalui Shopee kelihatan sangat kreatif.

Posting gambar ini menarik perhatian orang ramai kerana si penjual menggunakan kulit kelapa sebagai pembungkusan barangan yang dipesan oleh si pembeli.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kelapa


Menurut Raynorton Motorsport, barangan dibeli adalah peralatan gantian untuk motor dan tidak menjangka penjual akan menggunakan kulit kelapa sebagai bahan pembungkusan.

Penjual ini mempunyai idea yang sangat kreatif dan mesra alam kerana menggunakan cara pembungkusan yang mudah lupus daripada alam sekitar.



Rata-rata netizen memuji si penjual kerana berfikiran di luar kotak bagi memastikan barangan yang dipesan selamat diterima.

Pengunaan sabut kelapa adalah satu cara yang sangat berinovasi bagi menyelamatkan alam kita daripada terus tercemar oleh pencemaran plastik. Malah, netizen berseloroh mengatakan pasti selepas ini harga kulit kelapa akan mahal kerana permintaan yang tinggi. 

Mungkin selepas ini para penjual boleh mencuba idea lain untuk membungkus barang yang akan dipos. Kreatif betul idea mereka ni. - KitaReporters


2
1
0
0
0

Copy Link: