ALAHAI!! INGKAR PKP, LEPAK MINUM KETUM PULA!
Published by
KitaReporters
--title--
NASIHAT sudah, amaran sudah, didakwa di mahkamah pun sudah. Namun, masih ada dalam kalangan masyarakat yang degil dan ingkar terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan sejak 18 Mac 2020. Lebih parah, turut melakukan jenayah dan aktiviti tidak bermoral. : KitaReporters
Adakah
mereka ini fikir jumlah peningkatan kes dan kematian akibat wabak
Covid-19 adalah perkara remeh sehingga berasa cukup kebal untuk berada
di luar rumah?
Hai,
kecewa sungguh hati memikirkan sikap pentingkan diri segelintir
masyarakat ini tambahan lagi jika penyebab mereka berada di luar rumah
adalah untuk aktiviti yang tidak bermoral.
Misalnya pada Isnin. 30 Mac 2020 di Kampung Gajah, Perak, lima lelaki yang
leka melepak di sebuah pondok di Jalan Ulu Dedap, Kampung Gajah ditahan
bersama 17 botol air berisi daun ketum.
Dalam
keadaan orang ramai bimbang dengan penularan wabak berbahaya ini,
kelima-lima lelaki warga tempatan ini boleh pula bersantai sambil
melakukan urusan 'jual beli' air ketum!
Alahai, apalah lelaki-lelaki ini fikirkan ya? Mereka ingat Covid-19 ini perkara main-main agaknya.
Ketua
Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Barudin Wariso berkata,
kesemua lelaki berusia lingkungan 23 hingga 50 tahun itu ditahan oleh
sepasukan anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah yang
membuat rondaan di kawasan tersebut pada pukul 1.15 petang.
Katanya,
ketika ditahan, kesemua tangkapan itu gagal memberikan sebab mengapa
mereka berada di lokasi tersebut selain alasan yang diberikan juga
mencurigakan dan tidak munasabah.
Susulan
itu katanya, pemeriksaan dilakukan di premis berkenaan dan menjumpai
satu tong ais yang di dalamnya berisi 17 botol air dipercayai berisi air
ketum.
"Siasatan lanjut
ke atas lelaki berusia 50 tahun itu mengaku tong ais berisi 17 botol
minuman tersebut adalah miliknya dan bertujuan untuk dijual kepada
pelanggan.
"Kesemua mereka
telah berada di pondok tersebut selama sejam sebelum kehadiran pihak
polis dan gagal memberikan sebab dan alasan munasabah untuk berada di
luar rumah," katanya.
Botol berisi air ketum dirampas selepas menahan lima lelaki yang ingkar arahan PKP di Jalan Ulu Dedap, Kampung Gajah, Perak.
Menurutnya, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Perkara 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Menurutnya, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Perkara 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Dalam
perkembangan berlainan beliau berkata, tangkapan atas kesalahan ingkar
PKP turut dilakukan terhadap empat lelaki termasuk tiga warga Myanmar
yang ditahan di belakang sebuah hotel di RPA Changkat Sodang di Seri
Iskandar pada pukul 3.40 petang semalam.
Katanya,
kesemua lelaki itu ditahan semasa berada dalam sebuah kereta dan gagal
memberikan alasan mengapa mereka berada di lokasi kejadian.
"Lelaki
warga tempatan itu memaklumkan yang dia datang dari Ipoh ke Seri
Iskandar bersama tiga lelaki warga asing itu untuk mengambil bantuan
makanan di RPA Changkat Sodang," katanya. - KitaReporters
2
1
5
1
1