OIII!! BUANG SARUNG TANGAN ELOK-ELOKLAH!!
Published byMengapa tidak dibuang dengan cara yang betul?
Dalam pada kita sibuk nak menjaga keselamatan diri dalam usaha mengelak daripada jangkitan COVID-19, kita bagaikan terlupa bagaimana untuk membuangnya dengan cara selamat.
Awak tahu tak cara betul nak buang sarung tangan tu?
Tetapi adakah kita benar-benar perlukan sarung tangan ketika berada di luar rumah. Waktu shopping umpamanya.
Anda belum cukup bijak jika selepas guna terus tanggal dan campak di mana anda suka! Tak betul tu beb!!!
Apakah signifikannya kita memakai sarung tangan ketika ke pasar raya membeli barangan keperluan.
Kita sentuh pelbagai barangan, membelek satu persatu. Yang suka kita ambil yang tak nak letak semula. Jangan tak tahu, sarung tangan itu menjadi tempat terhimpunnya kuman-kuman tanpa kita sedar.
Selesai berurusan di kaunter kita tanggal dan buang terus sebelum masuk kenderaan. Tak kisahlah di atas jalan atau dalam tong sampah! Salah tu sebenarnya kawan!
Benak sangat ke? Kalau tak tahu.. carilah maklumat bukan main pakai campak je. Anda penyebar secara tidak sengaja andai anda adalah pembawa virus!!!
Lebih teruk lagi, sebelum masuk kereta mereka seperti mengamalkan konsep tanggal dan campak! Selfish! Mentaliti kelas ketiga!
Tiada kesedaran sivik. Main buang je tanpa rasa bersalah
Menerusi hantaran beberapa pengguna Facebook, jelas mereka kecewa dan terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang sanggup berbuat demikian tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri dan juga orang awam.
https://www.facebook.com/hafizahezmi.zainal
"Lepas pakai sarung tangan... di mana hendak dibuang sarung tangan itu. Hati-hati, kalau tak betul lagi bahaya.
https://www.facebook.com/rafidah72
Apatah lagi membuang sarung tangan yang dipakai ketika negara sedang berdepan dengan penularan COVID-19. Tak takut dijangkiti ke?
Mengapa tidak dibuang dengan cara yang betul - Kredit foto: FB Alsyifaa Farmasi Jerantut Sdn Bhd
Yang sebenarnya, pemakaian sarung tangan di tempat awam kurang digalakkan kerana faktornya yang mengurangkan deria sentuhan, sekali gus tidak menjamin keselamatan pemakai daripada dijangkiti sebarang penyakit termasuk COVID-19.
Menerusi temu bual ketika menjadi panel 'FB Live @ KKM Khas Kenali COVID-19' melalui halaman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan (KKM), pada 28 Mac 2020, Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Seremban, Negeri Sembilan Dr Nor Izran Hanim Abdul Samad berkata memakai sarung tangan boleh menimbulkan sedikit bahaya kerana mampu memberikan 'gambaran palsu' kepada pemakainya apabila mereka menyentuh sebarang permukaan.
"Contohnya, sekiranya kita menyentuh sesuatu permukaan yang berdebu atau berminyak, kita akan terus mencuci tangan tetapi apabila seseorang itu memakai sarung tangan dan tersentuh pada permukaan yang berdebu atau berminyak, maka sentuhan sebenar tidak dapat dirasai.
"Ini akan memberi 'gambaran palsu' bahawa kita rasa yang kita selamat tetapi mungkin secara tidak sengaja kita dah pindahkan kekotoran atau kuman ke tempat lain seperti baju dan kulit tanpa kita sedari," katanya.
Justeru, orang ramai seharusnya mengikut saranan berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang masih menggariskan panduan mencuci tangan, kebersihan diri dan penjarakan sosial.
Cucilah tangan dengan kerap atau guna hand sanitizer kalau dah malas sangat guna sabun. - KitaReporters