Gosip panas K-Pop! Lee Seung-gi semakin rapat dengan Lee Da-in! Foto bersama dirakam paparazi
Published byKredit foto: Time Magazine
RUPA-RUPANYA menjadi artis popular bukanlah mudah. Jika lakonan atau nyanyian tak mencapai kehendak orang ramai, pasti dikutuk.
Bukan itu saja, kehidupan
peribadi pun sudah tidak ada lagi kerana banyak mata yang memandang bila
bergerak. Di Malaysia, mungkin artis masih boleh bergerak bebas kerana orang
ramai belum sampai ke tahap fanatik.
Suasananya berbeza di Korea Selatan bila anda bergelar artis, lebih-lebih lagi yang ternama. Bagi yang boleh menangani masalah tersebut tak ada masalah tapi yang kurang kuat pasti depresi dan tidak kurang juga yang mengambil nyawa sendiri.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan K-Pop
Lee Seung-gi dan Lee Da-in mula menjalin hubungan rapat sejak akhir tahun 2020 lalu. - Kredit foto: Soompi
Terkini aktor dan penyanyi
kesayangan ramai, Lee Seung-gi, 34, menjadi perhatian ramai apabila portal
Dispatch berjaya mendedahkan foto beliau dengan Lee Da-in.
Foto pertama pasangan tersebut
didedahkan ketika mereka berada di daerah Gangwon pada musim luruh tahun 2020 lalu.
Bukan itu saja, ketika Seung-gi pergi menziarah neneknya di Sokcho, bersama Da-in pun pergerakan mereka tidak lepas
daripada lensa paparazi.
Pada 24 Mei 2021, Soompi memetik laporan Sports Kyunghyung melaporkan yang Seung-gi dan Da-in mula rapat sejak akhir tahun 2020. Selain berlakon, pasangan itu boleh menjadi rapat kerana masing-masig gemar bermain golf.
Lee Seung-gi dan Lee Da-in sewaktu melawat neneknya turut dikesan paparazi.
Gosip sebelum ini juga menyatakan
Seung-gi, anggota tetap program Master In The House, sering menghabiskan masa
dengan Da-in jika beliau tidak berada di set penggambaran.
Seungi-gi yang baru selesai
penggambaran drama Mouse, sejak awal lagi telah memberitahu rakan terdekat yang
beliau menjalin hubungan dengan Da-in.
Menurut sumber daripada agensi Da-in, 9! Entertainment, pelakon itu mengakui yang beliau dan Seung-gi berkenalan atas dasar pelakon senior dan junior.
Hinggakan urusan Lee Seung-gi ke bank pun menjadi perhatian.
“Kami pernah tanya Da-in
tentang hubugannya dengan Seungi-gi, dia kata hubungan mereka sekadar rakan
artis dalam industri. Namun dia tak menafikan yang mereka sedang mengenali isi
hati masing-masing sejak lima atau enam bulan lalu.
“Kami harap, peminat menyokong hubungan mereka itu dan biarlah hubungan mereka berkekalan,” kata wakil Da-in.
Seung-gi pada tahun 2004 menceburi bidang seni sebagai penyanyi dan kemudian barulah mengembangkan bakatnya sebagai pelakon.
Sementara Da-in, 29, adalah anak kepada aktres veteran, Kyu Mi-ri dan adik kepada pelakon Lee Yu-bi. Mula menceburi bidang seni pada 2014 dan baru saja muncul dalam drama Alice. - KitaReporters
Cubaan mengelirukan paparazi, penampilan Lee Da In di bank yang sama dengan Seung Gi dapat dikesan.