Berita Terkini| Lubang bagi halang lorong tikus ditimbus! Polis kecewa tindakan individu degil!
Published byPolis akan menggali semula lubang di lorong tikus di Kampung Tanah Puteh, Gua Musang yang telah ditimbus individu tidak bertanggungjawab. - Kredit foto: Harian Metro
POLIS Gua Musang mengesan satu daripada enam lubang di lorong tikus yang digali bagi halang individu rentas negeri dalam usaha kekang penularan Covid-19 ditimbus oleh individu tidak bertanggungjawab.
Ketua Polis
Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata pihaknya kecewa dengan
tindakan yang dikesan berlaku di lorong tikus di Kampung Tanah Puteh itu.
“Sebelum
ini pihak polis terpaksa ambil tindakan menggali lubang sebelum Aidilfitri di
lorong-lorong tikus susulan ada individu cuba elak sekatan jalan raya (SJR). Namun
kini, kita telah kesan terdapat satu lubang telah ditimbus semula.
“Tindakan
tersebut dilakukan bagi elak SJR di jalan
Gua Musang-Kuala Lipis. Ada juga penghadang konkrit di lorong tikus turut
dipecahkan.
"Tindakan
polis menggali lubang tanah dan meletak penghadang konkrit serta besi itu sebagai usaha terakhir bagi halang orang ramai guna lorong tikus bagi merentas negeri. Malangnya,
ada individu menimbuskannya semula,” katanya dipetik oleh laporan Harian Metro 2 Jun
2021.
Tambah
beliau, polis akan menggali semula lubang yang ditimbus tersebut bagi
memastikan tiada ruang rentas negeri tanpa kebenaran dapat dilakukan oleh orang
awam.
Katanya
lagi, polis memberi amaran terhadap sesiapa yang berbuat demikian dan tidak
teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya dikesan. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter