Video| Tak serasi susyi Tokyo? Ada Nutri Mas air tangan ISN! Nasi beriani juadah Olimpian kita!
Published byISMAIL Sabri Yaakob (kanan) menerima cenderamata Nutri Mas ISN daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. - Kredit foto MSN
KONTINJEN Malaysia khususnya 30 atlet ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 (2021) mulai 23 Julai 2021 ini, bakal tampil dengan kelainan dan mendapat sentuhan kreativiti Institut Sukan Negara (ISN) dalam memastikan prestasi mereka sentiasa pada tahap terbaik.
Sehingga 8 Ogos 2021 ini mereka akan berkampung bagi menghadapi temasya ke-32 itu malah pasukan pelayaran sudah pun berlepas ke ibu kota Jepun tersebut sebagai persiapan awal dan mematuhi peraturan kuarantin Covid-16 mulai 7 Julai 2021.
Justeru kerinduan kepada keluarga tersayang dan kampung halaman apatah lagi kerana kerap berlatih di kem dengan pendekatan berkuarantin, pasti begitu meluap-luap mahupun terhadap juadah kegemaran masing-masing.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Sukan Olimpik
ENAM juadah berbungkus Nutri Mas ISN boleh disediakan atlet negara dengan memanaskannya dalam ketuhar gelombang mikro atau direndam air panas. - Kredit foto: MSN
Kesilapan mengambil makanan juga kadangkala boleh memudaratkan kesihatan atlet-atlet sehingga diserang cirit-birit atau sakit perut serta selesema sekali gus menjejaskan prestasi mereka di gelanggang pada hari pertandingan.
Masalah itu boleh dianggap selesai dengan pembekalan makanan berbungkus (pack food) bercita rasa Malaysia, Nutri Mas yang menggunakan teknologi tinggi keluaran anak syarikat ISN, ISN One sepanjang mereka beraksi di Tokyo.
Enam juadah istimewa dan unik ISN ini terdiri daripada Nasi Goreng Cina, Nasi Goreng Cendawan, Nasi Goreng Ikan Masin, Nasi Goreng Tomyam, Nasi Beriani Ayam dan Nasi Beriani Kambing.
Seperti memasak mi segera yang popular, cara menyediakannya ialah menggunakan ketuhar gelombang mikro dengan kehangatan suhu tinggi selama seminit atau direndamkan ke dalam air panas antara lima hingga 10 minit.
Sebuah klip video Nutri Mas juga dipertontonkan sempena Amanat Perdana Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada kontinjen Olimpik Malaysia secara dalam talian dari Menara KBS, Putrajaya pada 13 Julai 2021. - KitaReporters
GAMBAR pek depan Nasi Beriani Ayam Nutri Mas. - Kredit foto: ISN
NASI Goreng Cina Nutri Mas. - Kredit foto: ISN
NASI Goreng Cendawan Nutri Mas. - Kredit foto: ISN
NASI Goreng Ikan Masin Nutri Mas. - Kredit foto: ISN
NASI Goreng Tomyam Nutri Mas. - Kredit foto: ISN
NASI Beriani Kambing Nutri Mas. - Kredit foto: ISN
PANDUAN menyediakan makanan berbungkus Nutri Mas ini terdapat pada belakang peknya. - Kredit foto: ISN