Demi cinta seorang lelaki sanggup bertunang dengan patung. - Kredit foto-foto: The Sun


DEMI cinta yang agung, seorang lelaki dari Hong Kong mengambil keputusan bertunang dengan kekasihnya yang merupakan sebuah patung wanita.

Mereka bertunang pada bulan Januari 2021 lalu dalam sebuah upacara yang dihadiri teman dan keluarganya.

Lelaki berusia 36 tahun bernama Xie Tianrong itu menjelaskan dia memilih untuk bertunang dengan patung kerana mudah diajak berdating berbanding wanita manusia.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan patung:

https://kitareporters.com/search?search=patung



Malah, demi cintanya terhadap patung tersebut, dia menghadiahi patung tersebut sebuah telefon jenama iPhone 12

Mungkin anda terfikir lelaki ini gila kerana bertunang dengan patung kemudian menghadiahkan telefon bimbit mahal kepada objek tidak bernyawa.


Menurut Xie, berdating dengan patung lebih mudah berbanding manusia.


Lapor The Sun, patung tersebut dibeli dari China pada akhir tahun 2019 yang lalu. Malah Xie mendakwa sejak dia memiliki patung tersebut, dia tidak pernah walau sekali mencium tunangnya itu kerana takut rosak.

Jelas Xie lagi, dia telah memperuntukkan seluruh masa dan perhatian untuk cinta hatinya itu.

Pasti anda tertanya-tanya bagaimana Xie boleh tertarik seterusnya jatuh hati dengan patung yang tidak bernyawa. 

Menurut Xie, kali pertama dia jatuh hati pada patung 10 tahun lalu ketika dia terlihatnya di sebuah kedai runcit di Hong Kong.


Menonton rancangan kegemaran bersama.


Bercerita mengenai kehidupannya bersama tunang, Xie menjelaskan setiap malam dia meletakkan tunangnya itu di sebuah kerusi di tepi katilnya ketika dia tidur. Malah, dia juga memandikannya dengan kain basah sebelum menghiasnya dengan mekap.

"Saya pernah memiliki kekasih manusia sebelumnya, tetapi sekarang saya hanya tertarik pada patung. Saya tidak pernah berhubungan seks dengannya," katanya.


Xie turut memandi dan menyolek tunangnya.


Xie juga mengatakan bekas kekasihnya sebelum ini sering meminta sesuatu daripadanya. Namun berbeza dengan tunangnya yang tidak pernah meminta apa-apa daripadanya.

"Sejak dia pulang dan tinggal bersama selama lebih dari setahun, dia tidak pernah membuat saya stres malah membuatkan saya sentiasa bahagia,” jelasnya lagi.


Hidupnya kini lebih bahagian dan aman.


Begitulah kisah lelaki yang menemui cinta sejatinya walaupun hanya dengan objek yang tidak bernyawa. 

Tetapi jangan pula anda ikut caranya. Jadikan cerita ini sebagai pengajaran agar tidak melakukan sesuatu yang sia-sia. 

Kita dijadikan berpasangan sesama manusia untuk menyambung keturunan masa akan datang. - KitaReporters

1
3
1
6
10

Copy Link: