Berita Terkini| Hantar baju, kuih raya! Alasan rentas daerah, negeri! Polis arah patah balik!
Published byGambar hiasan... Pelbagai alasan diberikan pengguna jalan raya ketika melalui sekatan jalan raya termasuk hantar baju dan kuih raya. - Kredit foto: FB Polis Daerah Petaling Jaya
"HANTAR baju
dan kuih raya." Itu antara alasan tidak munasabah diberikan pengguna jalan raya
yang dikesan polis di Petaling Jaya, Selangor untuk membolehkan mereka merentas
daerah serta negeri tanpa surat kebenaran.
Ketua Polis
Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata individu
terlibat telah diarahkan untuk berpatah balik dan sekiranya ingkar tindakan
kompaun akan dikenakan serta-merta tanpa kompromi.
“Kami telah
mulakan sekatan jalan raya ini sejak 9 Mei 2021 dan mendapati setakat ini masih
ramai pengguna jalan raya yang berdegil untuk merentas negeri dengan tujuan
tidak sepatutnya. Mereka diarahkan untuk berpatah balik.
“Antara
alasan diberikan pengguna jalan raya ialah seperti hantar baju ke rumah kawan,
hantar biskut raya, beli barang dan bawa keluarga untuk beli belah di kawasan
Shah Alam,” katanya dipetik oleh Bernama, 10 Mei 2021.
Tambah Mohamad
Fakhrudin, bagi melancarkan pergerakan lalu lintas waktu hari bekerja, pihaknya
akan membuka laluan tambahan namun pemeriksaan ketat tetap dijalankan seperti
biasa.
Tambah
beliau, orang ramai dinasihatkan agar patuhi segala arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah
dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha sama-sama memutuskan
rangkaian pandemic Covid-19. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter