Video| Saiz bukan masalah bagi BaelOn asal yakin diri! Bukti orang plus size masih ada tempat!
Published byJANGAN ada perasaan rendah diri, jika memiliki tubuh badan saiz XL. Apa yang penting anda sihat dan boleh meneruskan kehidupan ini dengan gaya tersendiri.
Justeru itulah, Nabil Izwan Norsaiful 'Adlan atau mesra dengan panggilan BaeIOn tidak gentar untuk mendedahkan diri menerusi program All Together Now Malaysia (ATNMY) minggu kedua. Bagi beliau program terbitan Astro itu merupakan platform untuknya mengasah bakat dan membina keyakinan diri.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ATNMY
Jangan dinilai pada penampilan diri, lihatlah bakat BaeIOn yang menyerlah itu. - Kredit foto: IG@baeIOn
"Sejujurnya, saya menyertai ATNMY adalah untuk orang terima saya seadanya dan juga untuk mencipta nama dalam industri. Saya mahu mewarnai dan memeriahkan lagi industri muzik Malaysia supaya orang 'plus size' macam saya akan lebih mendapat tempat, agar mereka dapat bina keyakinan diri.
“Saya harap ‘keberanian’ saya ini dapat dijadikan inspirasi atau motivasi kepada mereka di luar sana yang bersaiz macam saya ni. Sematkan dalam minda bahawa, aku mahu tonjolkan kebolehan diri. Pedulikan dengan apa pandangan orang, asalkan apa yang kita buat tidak menyalahi undang-udang," katanya penuh semangat.
Melihat Instagram @baeIOn, beliau sering memuat naik video menyanyi dan menari.
Kata BaeIOn, walaupun beliau bukanlah penari profesional tapi amat meminati apa saja bentuk tarian. Baginya, tarian adalah satu aktiviti yang menyihatkan.
Yakin dengan kebolehan diri, buat BaeIOn sertai program All Together Now Malaysia.
"Saya bukanlah seorang penari hebat tapi saya suka menari, macam
orang lain juga. Setakat nak menari untuk buat persembahan sendiri, tak ada
masalah rasanya. Alhamdulillah, sekarang ini saya sudah berjaya mencapai impian
untuk bergelar penyanyi.
“Terima kasih kepada pihak Sony Music kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk merakam lagu Gedik dan terkini lagu Rindu nyanyian asal Amelina. Saya harap peminat suka dengan gaya penyampaian saya itu. Saya tak akan lebihkan mana-mana, saya akan menyanyi dan menari, dua-dua sekali memang tak boleh tinggal," katanya.
BaeIOn mahu menjadi inspirasi kepada mereka yang bersaiz besar untuk yakin dengan kebolehan diri.
Akui dirinya masih baru memasuki industri hiburan, Bael0n percaya setiap
penyanyi mempunyai gaya tersendiri. Justeru, beliau akan berusaha mencipta
identiti agar diminati ramai.
"Sebagai pendatang baharu, memanglah mencabar untuk saya, tapi setiap penyanyi ada genre dan gaya tersendiri, dari situlah saya boleh hasilkan identiti sendiri agar orang menyokong saya. Saya bukan setakat mahu jadi penyanyi tapi impian saya lebih besar iaitu mahu menjadi seorang penghibur yang mampu memukau penonton dengan aura tersendiri.
"Saya harap kehadiran saya dalam bidang seni tanah air dapat diterima oleh semua orang berdasarkan bakat dan kesungguhan saya,” katanya terus terang.
Februari 2020 lalu, Bael0n juga pernah tampil menari di pentas persembahan Wani Kayrie & Delitz bersama Afieq Syazwan di konsert akhir program tersebut. - KitaReporters
Bukan saja bersuara sedap, BaeIOn juga boleh menari dengan baik.