PRN Sabah: Power Ranger, Capt, Queen Elsa turut buang undi!
Published byPILIHAN Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September 2020 memang luar biasa dan lain macam. Ia bukan sahaja menggamit para pengundi untuk keluar mengundi dari awal pagi hingga lewat petang, malah suasana PRN Sabah yang meriah itu juga turut menggamit minat beberapa karektor tersohor dunia untuk turut keluar. : KitaReporters
Kredit foto: FB Rizal Latif
Lagi cerita-cerita berkaitan Sabah:
https://kitareporters.com/search?search=sabah
Antara karektor yang dapat dikesan dan diviralkan dalam media sosial adalah seperti Power Ranger.
Ia memang membuatkan para petugas terpinga-pinga dan terkejut. Mana tidaknya, seorang Power Ranger tiba-tiba masuk ke tempat pembuangan undi.
Rupa-rupanya bukan Power Ranger sahaja yang keluar membuang undi, malah turut dikesan beberapa karektor antarabangsa lain hadir untuk proses membuang undi selepas itu.
Kreedit foto: FB Samcoach Adam
Captain America juga dipercayai berada di kawasan mengundi di Sabah seperti gambar yang tular dalam Twitter dan juga karekter dari Disney, Frozen iaitu Queen Elsa.
Semua ini memang suatu perkara yang tidak pernah berlaku dalam sejarah demokrasi di negara kita sebelum ini.
Persoalannya, apakah tujuan beberapa individu ini bertindak sedemikian? Apakah mereka 'diupah' oleh sesebuah parti politik? Atau apakah mereka sekadar mahu mencuri perhatian ramai?
Kredit foto: FB Angela Keng
Walau apapun niat mereka melakukan perkara berkenaan, selagi tindakan pelik itu tidak menyalahi undang-undang dan kerukunan Rukun Negara, rasanya tiada sebarang masalah untuk kita timbulkan.
Setidaknya, tindakan mereka ini mampu mengurangkan kehangatan 'pergaduhan' antara pelbagai jenis kumpulan politik di Sabah.
Ia juga mungkin salah satu bentuk kempen kesedaran kepada ramai orang untuk keluar membuang undi dengan sentiasa mematuhi norma baharu dalam kehidupan harian kita.
Dengan perkembangan ini, agak-agak pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, ada tidak karektor-karektor yang lebih menarik, lucu dan tidak masuk dek akal akan muncul di pusat-pusat membuang undi?
Tidak mustahil, kan?? Dah, bila PRU15 ni, tak sabar pula menantikannya!! - KitaReporters