Gambar hiasan... Kerajaan mempertimbangkan untuk benarkan operasi kedai buku dan alat tulis dalam fasa kedua sekatan pergerakan penuh (SPP) nanti. - Kredit foto: timeout.com


PREMIS kedai buku dan alat tulis berkemungkinan akan dibenarkan beroperasi sewaktu tempoh fasa kedua sekatan pergerakan penuh (SPP) atau ‘total lockdown’ nanti.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan mempertimbangkan perkara itu bagi memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Sehingga kini dalam fasa satu ini, masih tutup lagi kedai buku, kedai komputer dan sebagainya namun mungkin sedikit kelonggaran akan diberikan pada fasa kedua nanti.

“Bagaimanapun, pada fasa kedua nanti pun bukanlah bebas buka sebaliknya hanya premis tertentu seperti kedai buku, alat tulis dan pembelajaran. Kita akan mempertimbangkannya.

“Berhubung kelonggaran itu akan dibincangkan pada mesyuarat nanti sebelum pengumuman mengenainya dilakukan pada minggu depan,” katanya yang dipetik laporan Berita Harian pada 22 Jun 2021.

Sementara itu, untuk info susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh seluruh negara sejak 1 Jun 2021, kedai buku dan alat tulis tidak dibenarkan beroperasi kerana tidak dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu atau ‘essential services’. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
2
1
0
0

Copy Link: