Pengarah tersohor, Kabir Bhatia kembali membuka pawagam di rumah anda dengan cerita tiga dalam satu yang berkisar tentang kehidupan yang dilalui masyarakat, namun kali ini ia diinspirasikan pula dengan situasi pandemik COVID-19. Filem kerana virus Penyakit Koronavirus-2019 (COVID-19). : KitaReporters


Gandingan semula Rita Rudaini dan Rashidi Ishak dalam 'Kerana Korona'.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Astro First:

https://kitareporters.com/search?search=Astro+First


Berjudul “Kerana Korona’, Kabir mencorakkan ketiga-tiga kisah ceritanya yang mempunyai pertalian dengan satu harapan daripada latar sebenar di sebalik negara berdepan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula  berkuatkuasa pada awal tahun 2020 lalu.

Bakal menemui penonton dalam saluran Astro First mulai 21 Januari 2021, ia merupakan filem yang bakal membawa penonton lebih menghayati nilai murni serta melihat dari sudut positif di sebalik PKP.


Raja Jastina Raja Arshad



“Tahun lalu merupakan tahun yang cukup mencabar buat semua dan kami memahami setiap insan pasti mempunyai kisah mereka tersendiri. 

"Jadi, Astro Shaw telah inspirasikan latar sebenar iaitu ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dalam bentuk filem dengan mengangkat kisah serta konflik berbeza yang mana ia sememangnya terjadi dalam kalangan penonton di luar sana,” ujar Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad.

Merupakan filem pertama terbitan Astro Shaw untuk tahun 2021, menariknya cerita sebegini tidak pernah lagi difilemkan maka kerana itu kata Raja Jastina, pihaknya berharap menerusi ‘Kerana Korona’ ia sedikit sebanyak mampu mengingatkan penonton bahawa meskipun kita berada dalam tempoh sukar, sentiasalah hargai orang di sekeliling terutama keluarga tersayang apatah lagi setiap mereka itu mungkin sedang melalui pergolakan masing-masing.

“Kini, memandangkan sebahagian daripada rakyat Malaysia perlu menempuhi sekali lagi tempoh PKP, kami merasakan adalah masa yang tepat untuk filem dengan tema sebegini menemui penonton bagi mengisi masa mereka dengan menonton bersama keluarga dan terus kekal berada di rumah,” tambah beliau.



Sebagaimana filem arahan Kabir Bhatia dengan konsep 3 dalam 1 seperti dalam ‘CInta’ (2006) pengarah filem pecah panggung  ini yang terkenal dengan sentuhan magisnya dalam menghasilkan karya-karya yang mampu menyentuh emosi penonton mengembalikan semula gandingan mantap Rita Rudaini dan Rashidi Ishak sebagai pasangan suami isteri selepas filem ‘Cinta’. 

Turut bersama pelakon hebat lainnya seperti antaranya Ummi Nazeera, Shasha Abedul, Dato’ Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Idan Aedan, Umar Shakur dan Anwaar Beg Moghal.

Melalui tiga kisah yang ada kaitannya, ‘Kerana Korona’ bermula dengan kisah Zati yang tidak bahagia bersama Razman meskipun suaminya sentiasa berada di rumah, namun mereka semakin menjauh.

Dalam pada itu, anak mereka Harun yang mempunyai cita-cita sebagai jurufoto dipandang rendah oleh mereka. Bosan melihat ibu bapanya yang sering bertengkar, Harun mula keluar secara sembunyi ketika PKP bersama Maya. 

Berlainan dengan adiknya Bob yang berusaha menyediakan aktiviti di rumah agar ibu bapa mereka berbaik. 



Antara babak-babak menarik dalam 'Kerana Korona'.


Kisah kedua menyaksikan seorang doktor bernama Janna yang berdepan dengan dilema tanggungjawab dan pendirian. 

Manakala, kisah ketiga mengenai warga emas, Leman yang keras kepala dan abaikan prosedur operasi standard (SOP) sehingga merisaukan jirannya Leila yang hidup kesunyian dan tidak berhubung dengan anaknya Razman. 

Pendek kata, apa yang menarik, menerusi ‘Kerana Korona', ia akan  membawa penonton lebih menghayati nilai murni serta melihat dari sudut positif di sebalik PKP, seperti babak keluarga menyaksikan hakikatnya PKP memberi peluang untuk mereka memperbaiki serta lebih mengeratkan lagi hubungan bersama orang tersayang. 

Bukan itu sahaja, bagi babak di kampung yang ditonjolkan, mesej yang cuba disampaikan adalah apabila terjadi PKP ia membuatkan masyarakat Malaysia lebih bersatu membantu antara satu sama lain agar dapat sama-sama meneruskan perjuangan dalam waktu getir.



Nak tahu apa kesudahannya kisah ketiga-tiga cerita ini yang bersiaran dalam saluran Astro First (480) pada 21 Januari 2021, apa kata melanggan sahaja dengan hanya bayaran RM15 untuk tontonan selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang sampai puas gitu.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw malah boleh juga ditonton secara strimming melalui Astro Go aau On Demand. - KitaReporters




2
1
1
0
0

Copy Link: