Video| Semoga segera sembuh! Nabila Huda kena Covid-19! Kali kedua! Kali ni gejala lebih teruk!
Published byPADA Ahad, 6 Mac 2022 lalu, pelakon dan pengacara, Nur Nabila Huda Suhaimi, 38, lebih dikenali sebagai Abel kelihatan ceria di WTC, Kuala Lumpur apabila sebelah tengah harinya menjadi hos program Melodi dan sebelah malamnya menjadi hos bersama Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36).
Pada hari Isnin, 7 Mac 2022, Nabila kembali ke Perlis untuk meneruskan penggambaran filem seram thriller (seram) ‘Telaga Suriram’ arahan Osman Ali.
Setelah menjalani beberapa scene, Nabila mengalami sakit tekak, selesema dan demam. Turut mengalami masalah yang sama ialah pembantu peribadinya. Setelah membuat ujian kendiri hasilnya positif.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Nabila Huda
Nabila tidak dapat memastikan sama ada dijangkiti Covid-19 ketika berada di Kuala Lumpur atau di tempat syuting filem di Perlis.
Ini adalah kali kedua Nabila dijangkiti Covid-19. Kali pertama adalah sebelum Aidilfitri 2021 lalu. Tapi kali ini dia mengalami gejala (simptom) lebih teruk.
"Saya kena Covid lagi buat kali kedua tapi kali ni saya rasa macam sakit dia lebih teruk daripada kali pertama. Kali kedua ni saya ada beberapa simptom seperti sakit tekak yang sakit gila, selesema sikit, lepas tu demam macam on off," kata Nabila Huda dalam IG Storynya @kupu-kupu.
Nabila kini menjalani tempoh kuarantin di Perlis memandangkan dia berada di set penggambaran filem 'Telaga Suriram'.
"Here we go again, kena kuarantin. Tapi yang tak bestnya sebab saya kat Perlis, saya jauh daripada keluarga. Saya ada post di Instagram saya buat test negatif tapi bila sampai sini, I buat test, positif.
"Masa positif kali pertama, tak macam ni. Masa tu cuma hilang deria rasa dan deria bau di mana teruk jugak tapi takde rasa kesakitan. Yang sekarang ni macam, rasalah sakit tu," katanya.
Anak kepada legenda rock Amy Search Ini memohon doa orang ramai agar dia segera sembuh dan boleh kembali menjalani penggambaran seperti biasa.
"Doakan saya cepat sembuh ya. Saya okey, cuma berehat dan kru produksi, pelakon semua belikan makanan, ubat, mereka jaga saya dengan baik," tambahnya.
Ketika menjalani kuarantin, Nabila mendapat jagaan baik daripada krew penggambaran dengan menyediakan ubat keperluan di samping makanan yang memuaskan.
Nabila menasihatkan orang ramai agar menjaga diri dengan baik kerana orang yang sudah dijangkiti Covid-19 boleh dijangkiti semula. Buktinya dirinya.
Selepas kuarantin, Nabila dijangka akan meneruskan penggambaran filem ‘Telaga Suriram’. Dia memegang peranan penting bersama beberapa pelakon lain seperti Maya Karin, Sha Alyahya dan Farid Kamil.
Filem yang tertangguh penggambarannya selama dua tahun akhirnya dimulakan semula pada Januari 2022 lalu walaupun menghadapi risiko pandemik Covid-19.
/
Filem berdasarkan kisah benar tahun 80-an dinanti-nantikan peminat filem Melayu dan bakal menjadi salah satu filem bermutu arahan Osman Ali.
Filem ‘Telaga Suriram’ ikut jadual bakal ditayangkan pada hujung tahun 2022 ini dan Nabila tidak sabar untuk menonton filem itu yang memberi cabaran lakonan baginya. - KitaReporters