Video| Tarikh kahwin ada! Persiapan 70% siap! Tanda pun dah diberi! Mas Idayu tunggu umum sahaja!

Published by
KitaReporters

BAG bintang dangdut Mas Idayu, 50, Syawal tahun 2022 ini paling bermakna dalam kehidupannya.

Ini kerana pegawai kanan bahagian hiburan TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 52, yang juga penerbit eksekutif benar-benar memperlihatkan kesungguhan untuk memperisterikannya setelah empat bulan berkawan rapat.

Sufian dilaporkan membawa rombongan anggota keluarganya dari Pulau Pinang untuk bertemu anggota keluarga Mas Idayu di Kota Tinggi, Johor bagi memberi ‘tanda’ baru-baru ini.

Tiada pertunangan dijalankan dan pernikahan dirancang pada September 2022 depan.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Mas Idayu



Mas Idayu memuatkan sejumlah foto dan klip video acara pertemuan itu dalam Instagramnya.

Menurut Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun, ketika majlis berlangsung, dia berada dalam bilik dan tidak dibenarkan keluar. Dia hanya melihat rakaman video secara langsung yang dirakam adiknya.

Dia hanya keluar ketika acara ‘pasang tanda' hendak diadakan.

Dalam tempoh sudah diikat, Mas Idayu cuba memastikan segala-galanya berjalan lancar termasuk ‘pergaduhan kecil’ cuba dielak.



Tambah Mas Idayu, tarikh perkahwinan sudah ada dan menunggu masa sesuai untuk dikongsi.

Katanya, majlis itu akan diadakan sehari. Pada sebelah pagi majlis akad, sementara majlis bersanding dan resepsi pada sebelah malamnya. Mas Idayu juga merancang hendak khatam al-Quran pada majlis itu.

Cenderahati istimewa untuk 600 jemputan adalah produk kecantikan Twenty Skincare milik Mas Idayu sendiri. Penyanyi itu berharap ada pihak yang dapat menaja cenderahati lain.

Menurut Mas Idayu, persiapan perkahwinan sudah 70 peratus siap.


Mas Idayu berdebar-debar menerima tanda jadi daripada Sufian

Perkahwinan pertama Mas Idayu dengan Aman Graseka pada 1997 hingga 2006 memperoleh cahayamata Nur Dayini Ashiqah yang sudah hampir berusia 25 tahun.

Bibit percintaan dengan Sufian mula berputik apabila kedua-duanya teriibat dalam program ‘Lagu Cinta Kita’ musim 3 (LCK 3) akhir Disember 2021 di mana Mas Idayu sebagai juri tetap dan Sufian sebagai penerbit eksekutif. Dan si anak gadis membantu merapatkan hubungan kedua-duanya.

Perkahwinan nanti adalah pertemuan janda dan duda. Sufian mempunyai dua cahaya mata. - KitaReporters

Anak gadis turut merestui hubungan ibu dan bakal ayah.

Pertemuan dua keluarga. Duduk paling depan ialah ayah Mas Idayu. - Kredit foto: masidayu1001

14
12
0
9
0

Copy Link: