Seperti kita tahu, kebiasaannya tugas Menteri Besar selaku ketua di sesebuah negeri itu sudah pasti berat kerana perlu menjaga amanah serta tanggungjawab yang dipikul bagi memastikan rakyat di bawah sentiasa berada dalam keadaan baik. Namun begitu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu melakuan sedikit kelainan kali ini apabila merakam lagu raya berjudul Moh Beraya bersama beberapa artis terkenal tanah air. - KitaReporters

Kredit foto: MVM MUSIC 


Antaranya Dato Jamal Abdillah dan Shiha Zikir

Lagu raya ini juga mendapat sentuhan komposer terkenal yang sememangnya cukup terbaik dalam menghasilkan lagu di Malaysia iaitu Harry Khalifah atau Apak

Perhh, patutlah arrangement dan melodi muzik dia padu. Sekali dengar terus jatuh hati!!! 

Mengkome wei, sudah dengar ke belum lagu Moh Beraya ini?

Bagi kome yang belum tonton, wajib tonton, pasti puas hati yeop!!! 

Kredit video youtube MVM Music


Tajuk lagu sudah jelas bahawa lagu ini sememangnya dituju khas kepada penduduk di Perak

Malah jika dilihat video lagu ini, beberapa tempat menarik di Perak juga dimaksudkan ke dalam video klip tersebut. 

Secara tidak langsung ia juga dapat mempromosikan keindahan di Perak

Pujian harus diberikan juga kepada pasukan editing biarpun video lagu ini diedit menggunakan karekter sebenar tapi dalam bentuk animasi, penghasilannya tetap awesome dan terbaik. 

Bagi anak jati Perak yang tidak dapat pulang ke kampung halaman, lagu ini sedikit sebanyak pasti akan membuatkan anda terhibur.


Bagi netizen terutama dari Perak, rata-rata dilihat memuji Menteri Besar mereka. 

Huhh, memang terbaiklah bukan senang seorang Menteri Besar nak menyanyi lagu untuk rakyatnya!!








Syabas Menteri Besar!! Dah boleh lawan  lagu rap Perdana Menteri nampaknya. - KitaReporters

4
0
0
0
0

Copy Link: