Berita Terkini| Tabung Covid-19 Pulau Pinang! Exco negeri sumbang gaji sebulan! Tanda solidariti
Published byGambar hiasan... Exco kerajaan negeri Pulau Pinang akan sumbang gaji sebulan pada Jun 2021 kepada Tabung Covid-19 Pulau Pinang. - Kredit foto: amanz.my
SEMUA barisan Exco kerajaan negeri Pulau Pinang akan menyumbangkan gaji sebulan mereka pada bulan Jun 2021 untuk disalurkan ke dalam Tabung Covid-19 Pulau Pinang.
Ketua
Menteri, Chow Kon Yeow berkata, keputusan dibuat sewaktu Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri (MMK) Pulau Pinang yang bersidang pada hari ini, Rabu 2 Jun 2021 itu sebagai tanda
solidariti dalam usaha melawan pandemik Covid-19 di negeri berkenaan.
“Persidangan
MMK telah memutuskan untuk gaji barisan Exco kerajaan negeri Pulau Pinang pada
Jun ini disumbangkan sepenuhnya kepada Tabung
Covid-19 Pulau Pinang.
"Hasil
sumbangan berkenaan akan digunakan sebaiknya termasuk dalam aspek kesihatan
awam dan juga pembangunan ekonomi negeri secara keseluruhannya.
“Sumbangan seumpama
ini adalah kali kedua selepas kali
pertama diputuskan pada tahun lalu, telah dilaksanakan semasa Perintah Kawalan
Pergerakan 1.0 dikuatkuasakan pada Mac 2020,”
katanya menerusi satu kenyataan pada 2 Jun 2021.
Terdahulu
pada 31 Mei 2021, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin umumkan semua menteri
dan timbalan menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan bermula Jun
2021 bagi disumbangkan ke Akaun Amanah Bencana
untuk biayai perbelanjaan berkaitan Covid-19. - KitaReporters