GOLONGAN artis, yang sebelum ini teruk "diserang" oleh netizen ekoran keceluparan beberapa orang dalam kalangan mereka, kini tampil dan bergabung menyampaikan lagu 'Arena Cahaya' bagi menyemarakkan semangat juang rakyat Malaysia khususnya petugas barisan hadapan (frontliner) dalam menghadapi wabak Covid-19. : KitaReporters

Barisan artis yang menjayakan lagu dan video klip 'Arena Cahaya'. - Kredit Foto: KopiPlanet.com

Sebanyak 27 artis terlibat dalam projek #HopeForMalaysians (Harapan bagi Malaysia) ini untuk menyanyikan lagu 'Arena Cahaya', yang melodi serta lirik dihasilkan oleh Zee Avi dan Rendra Zawawi.  

Projek ini diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment dan Monotone Inc.

Melodi lagu ini berdasarkan runut bunyi (OST) filem 'Ola Ola Bola' beberapa tahun dahulu.

Lagu ini dibuat dalam Bahasa Malaysia dan inggeris bertujuan menyemarakkan daya juang dalam jiwa rakyat Malaysia.

Zee Awi puas hati berjaya mengumpul sejumlah penyanyi untuk projek amalnya. - Kredit foto: artismeletop.com

Bagi Zee Awi, atau nama sebenarnya Izyan Alirahman, 35, yang mencipta nama di Amerika Syarikat, projek ini memberi kepuasan peribadi kepadanya kerana mampu menghimpun sejumlah insan seni termasuk yang popular dalam satu projek amal.

Proses menyiapkan album dan rakaman video mengambil berjalan lancar di tengah-tengah Perintah Kawal  Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dan telah dilancarkan pada Selasa, 21 April 2020.

Klip video lagu ini dapat disaksi dalam pelbagai laman sosial.

“Arena Cahaya merupakan buah hati kami, penggiat seni kepada seluruh rakyat Malaysia atas sikap positif dan bekerjasama dalam menangani polemik Covid 19.

“Hayati dengan tenang dan marilah bersama-sama mendoakan ada cahaya terang di hadapan sana untuk kita semua.

“Ia menjadi satu harapan dan kewajipan sosial dalam mengembleng tenaga dan kreativiti menangani, “ catat  Zee Avi dalam akaun Instagramnya @zee.avi.

Tambah Zee, dia menyambut baik idea kreatif sumbangan dan keikhlasan dihulurkan oleh 26 penggiat seni yang menyampaikan mesej Arena Cahaya.

“Ini satu penghormatan buat saya apabila rakan penyanyi yang memiliki bakat istimewa dan popular di Malaysia menyanyikan lagu 'Arena Cahaya'," ujar beliau.

Tambahnya, penggiat seni bersatu membantu memberi inspirasi dengan penuh harapan. 

Lagu ini ditulis untuk mengeratkan hubungan bukan hanya negara, malah individu utuk berhadapan dengan cabaran.

Selain Zee, antara penggiat seni terbabit dalam video ialah Puan Sri Tiara Jacquelina, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ella, Anuar Zain, Misha Omar, Dayang Nurfaizah, Liza Hanim, Noryn Aziz, Adibah Noor, Marsha Milan, Aina Abdul, Dina Nadzir , Lah Ahmad dan Vince Chong.

Turut serta Leaism, Bihzhu, Dasha Logan, P’ie Ramayan,  Myo OCK, Acap Salammusik, Alena Murang, Daniel Lee, Elvira Arul,  Mayabayu, Santosh Logandran dan Rich Gimbang.

Amy Search muncul pada awal video sebagai pembaca semangat kepada frontliners. - KitaReporters

zee.avi : #HopeForMalaysians

I can't believe the star power in this video! I have absolute Malaysian LEGENDS singing my song! 🙀💜 Arena Cahaya merupakan buah hati kami, penggiat seni kepada seluruh rakyat Malaysia atas sikap positif dan bekerjasama dalam menangani polemik Covid 19.

Hayati dengan tenang dan marilah bersama-sama mendoakan cahaya terang di hadapan sana untuk kita semua.

Sebarkan mesej positif ini agar kita semua kuat dalam cabaran kali ini.

ARENA CAHAYA

Oleh 27 para penggiat seni


zee.avi : ‘Make It Through’ - A song that I wrote with @faizal_tahir is finally out! This song is a part of @maxis #kitasapotkita initiative to support & help Malaysians impacted by the pandemic.

You can support them by listening, streaming, and sharing this song. The more you guys listen, the more proceeds will get donated to help those in need. So go check out the music video on YouTube now!

To find out more about Maxis initiative, head over to www.maxis.com.my/kitasapotkita #stayhomestayconnected

0
0
0
0
0

Copy Link: