KELUAR sahaja dari rumah untuk ke pejabat atau ke mana-mana pasti berdepan keadaan persekitaran yang menghiasi pemandangan kita, jika ada yang menarik pasti membanggakan. Namun tidak kurang juga apabila ‘terserempak’ dengan longgokan sampah bertaburan di merata tempat. : KitaReporters

TIMBUNAN puntung rokok yang berjaya dikumpulkan dalam tempoh sejam setengah oleh ahli kelab sukarelawan Trash Hero Putrajaya, baru-baru ini. - Kredit foto: Twitter @NanaCyber2


Lihat sahaja di mana-mana di pusat bandar yang padat penduduknya. 

Jika tidak disebabkan pekerja majlis perbandaran, pasti pemandangan kita ‘dihidangkan’ longgokan dan jejak sampah yang bertaburan di dalam longkang dan parit, di tepi bahu jalan, atau atas jalanan. 

Keadaan itu jika dibiarkan bukan sahaja menyemakkan pemandangan tetapi memalukan kerajaan, sekali gus menyebabkan pelancong meletak persepsi tertentu kepada masyarakat kita.

Baru-baru ini, seorang lelaki Jepun yang menetap di negara kita mungkin rimas dengan longgokan sampah yang terpaksa dihadap setiap hari membuatkan dia nekad untuk membuat kerja-kerja kebajikan dengan melakukan pembersihan jalan bersama pasukan sukarelawan.

AHLI kumpulan tekun menyusun puntung rokok yang berjaya dikumpul bagi mengetahui jumlah sebenar.



Malunya… orang luar pula kutip sampah kita!

Lelaki berkenaan @NanaCyber2 yang berkongsi aktiviti murninya dalam akaun Twitternya melakukan kerja-kerja pembersihan di Ayer8, Putrajaya bersama sukarelawan Trash Hero Putrajaya.

Sangat mengejutkan apabila dia bersama kumpulan berkenaan berjaya mengumpulkan lebih daripada 4,500 puntung rokok dalam tempoh sejam setengah.

Sejam setengah je tau bukan sehari…

Timbunan puntung rokok yang bercampur pelbagai sampah lain.



Aduh malunya… dahla kawasan Ayer 8 itu kawasan rekreasi di kawasan perumahan elit di Putrajaya, tapi mentaliti yang mengunjungi di situ masih pada tahap lama yang tidak reti membuang sampah.

Kalau pandai hisap rokok nape la pulak tak reti nak membuang ke tong sampah… tindakan tidak bertanggungjawab!!

TIMBUNAN besar puntung pelbagai jenama terbentuk selepas berjaya dikumpulkan sukarelawan Trash Hero Putrajaya dalam tempoh sejam setengah.


Dalam perkongsian berkenaan pemuda dari Jepun yang sedang mempelajari budaya dan bahasa Melayu itu turut memuat naik jumlah puntung rokok yang telah berjaya dikumpulkan oleh pasukan tersebut.

Sungguh memalukan! Dah jadi bukit bila puntung rokok itu itu dikumpulkan.

Malah kelihatan satu timbunan besar puntung rokok pelbagai jenama terbentuk di atas tanah yang berjaya dikutip.



Kesungguhan kumpulan sukarelawan berkenan telah menarik perhatian ramai rakyat Malaysia, dan ada yang mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan sikapnya yang tidak malu mengutip sampah.

Malah secara jelas menunjukkan lelaki Jepun berkenaan masih membawa budaya di negara yang mahu sentiasa kelihatan bersih walaupun berada di mana-mana.

Sebagai rakyat Malaysia, kita patut berasa malu apabila orang asing yang berusaha keras demi menjaga kebersihan Malaysia, walaupun dia bukan warganegara tempatan!!

Jadi, buat rakyat Malaysia, ubah sikap kita Jangan lagi membuang sampah merata-rata. 

Jika dibiarkan amalan ini akan menjadi ikutan kepada anak dan cucu kita pula. - KitaReporters

2
0
0
0
0

Copy Link: