Berita Terkini| Tiada varian Afrika Selatan di Jempol! Kematian suri rumah kerana Covid-19 biasa
Published byBERITA tular dalam media sosial berhubung dakwaan berlakunya
kes kematian mangsa Covid-19 membabitkan varian Afrika Selatan di Jempol, Negeri Sembilan
adalah tidak benar serta rekaan semata-mata.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, sehingga kini tiada lagi laporan mengenai varian berkenaan di Jempol dan kes kematian berlaku pada 15 Mei 2021 adalah disebabkan jangkitan virus biasa Covid-19.
“Terdapat satu kes kematian akibat Covid-19 pada 15 Mei 2021 melibatkan seorang suri rumah berbangsa Melayu berusia 62 tahun dari Palong 5. Kes dirawat di Hospital Jempol sebagai Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI), keputusan PCR Covid-19 adalah positif.
"Kematian tersebut tiada kaitan dengan varian Afrika Selatan. Pejabat Kesihatan Daerah juga tidak menerima sebarang laporan mengenai varian ini lagi sehingga kini,” katanya dipetik oleh Sinar Harian, 17 Mei 2021.
Tambah beliau, tiada sebarang penutupan jalan keluar masuk di sekitar Palong 4, 5 dan 6 sebagaimana berita yang tular dalam media sosial termasuk aplikasi WhatsApp mengenai dakwaan varian Afrika Selatan mula merebak di Palong 5, sehingga menyebabkan kematian.
Berita
tular juga memaklumkan varian tersebut mula menjangkiti penduduk di Palong 5 dengan
cepat sehingga menyebabkan semua pintu masuk di Palong 4, 5 dan 6 ditutup. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter