Berita Terkini| Lebih 3,200 premis di Pulau Pinang diarah tutup! Sejak Mac 2020! Langgar SOP!
Published byGambar hiasan... Kerajaan Negeri telah arahkan PBT tingkatkan pemantauan dan operasi susulan peningkatan kes Covid-19. - Kredit foto: shuttershock.com
Lebih 3,200 premis di seluruh Pulau Pinang diarahkan tutup sejak Mac 2020 setelah didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan Covid-19.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata ia merangkumi pelbagai jenis premis termasuk awam, pusat penjaja, restoran serta pusat hiburan.
"Jumlah premis yang diarahkan tutup itu masing-masing melibatkan 1,657 di bahagian pulau, manakala 1,619 di Seberang Perai.
"Sebelum diarahkan tutup, pihak berkuasa terlebih dahulu beri nasihat kepada pemilik premis agar patuhi SOP. Sekiranya masih gagal, arahan penutupan dilaksanakan bagi pastikan keselamatan awam lebih terjamin.
"Ekoran kadar peningkatan jangkitan mendadak baru-baru ini, pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang telah diarahkan meningkatkan operasi bagi memastikan semua SOP dipatuhi," katanya dipetik oleh Utusan Malaysia, 15 Mei 2021.
Tambah beliau, menjadi salah satu tanggungjawab kerajaan Negeri memastikan pemantauan dijalankan dan rakyat pula perlu terus berdisiplin dan mematuhi arahan. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter