INDUSTRI hiburan tempatan boleh menarik nafas lebih lega apabila semakin banyak kelonggaran diberi untuk kembali beroperasi. Mulai 1 Julai 2020 ini kelonggaran diberi untuk pembukaan semula pawagam, persembahan teater dan persembahan hiburan ‘live’ atau rakaman walaupun tidak sebebas dahulu. : KitaReporters

Kapasiti pawagam tidak boleh melebihi 250 penonton. - Kredit foto:Facebook


Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini, Isnin 22 Jun 2020.

Namun pembukaan semula venue hiburan ini perlu mematuhi peraturan iaitu tidak melebihi 250 penonton dengan jarak satu meter

Persembahan di tempat terbuka masih tidak dibenar.

Prosedur Operasi Standard (SOP) lain masih perlu dipatuhi seperti memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan dan memastikan penjarakan sosial.

Dengan kelonggaran ini, bukan sahaja pawagam di seluruh negara boleh dibuka semula, tetapi persembahan teater berpenonton boleh kembali beroperasi

Begitu juga persembahan nyanyian di dalam dewan seperti di Panggung Sari,  Istana Budaya.

Ia juga meliputi persembahan di hotel-hotel dengan tidak melebihi 250 penonton.

Stesen penyiaran juga boleh membuat siaran langsung atau rakaman acara hiburan

Ini bermakna penonton TV kembali dapat menonton rakaman terbaharu dan siaran langsung dengan jumlah penonton tidak melebihi 250 orang.

Panggung Sari, Istana Budaya walaupun luas, tetapi tetap hanya boleh mengisi 250 penonton yang dijarak semeter. - Kredit Foto: Panggung Negara


Istana Budaya kini perlu menyusun semula program yang sudah dirancang sebelum ini.

Bagi pawagam, pihak pemamer perlu menyusun semula  senarai filem luar. 

Bagi tayangan filem tempatan rasanya tidak menghadapi kekurangan jodol kerana sejumlah filem sudah siap terbantut ditayang sejak Mac lalu. 

Sementara filem-filem yang terhenti penggambaran kini baru bersambung semula. - KitaReporters

0
0
0
1
1

Copy Link: