Berita Terkini| Polis akan siasat Neelofa, suami! Aktiviti di Langkawi dikatakan langgar SOP?
Published bySalah satu gambar Neelofa dan Haris di Langkawi yang dimuat naik dalam laman sosialnya.
SELEBRITI dan juga usahawan terkenal, Neelofa serta suaminya, Haris Ismail (PU Riz) akan disiasat oleh polis berkaitan dakwaan aktiviti mereka di Pulau Langkawi, Kedah yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pihaknya akan segera menyiasat gambar dan video pasangan pengantin baharu itu yang dimuat naik dalam media sosial.
"Pegawai penyiasat akan mengenal pasti sama ada aktiviti yang gambar serta video tersebut sebahagian daripada kegiatannya perniagaan atau sebaliknya.
"Kita akan ambil tindakan dan mereka kena jawab. Gambar itu macam aktiviti santai sahaja dan ia tidak boleh dilakukan kerana melanggar SOP.
"Sebabnya dia (Neelofa) datang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Kes sebegini, SOP polis adalah buka kertas siasatan dan dia akan dipanggil untuk dirakamkan kenyataan.
"Pihak polis juga akan memanggil saksi yang boleh membantu lengkapkan siasatan kes ini secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Seksyen K9 Langkawi Polis Diraja Malaysia di Langkawi pada 4 April 2021. - KitaReporters