Fauzi Nawawi berang! Pakai gambar familinya tanpa kebenaran!
Published byINILAH jadinya kalau gunakan agama untuk mengaut keuntungan. Kononnya guna logo halal tapi kaedah perniagaannya haram sebab guna gambar artis popular tanpa kebenaran. Kalau artis itu benarkan, bernasib baiklah. Kalau sebaliknya, tidakkah ia dikira menipu dan seterusnya menjadi haram kerana menipu! : KitaReporters
Gambar Fauzi Nawawi, isteri dan anak-anak diguna tanpa kebenaran oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Lagi kisah-kisah berkaitan Fauzi Nawawi:
https://kitareporters.com/search?search=fauzi+nawawi
Namun peliknya, sudah banyak kali kes sebegini terjadi. Walaupun sudah diberi amaran, namun ia terus berulang dan berulang.
Mungkin ada sesetengah artis yang hanya memberi amaran dan siarkannya dalam media sahaja tanpa mengambil tindakan mahkamah menyebabkan pihak tidak bertanggungjawab ini naik tocang!
Terbaharu, perkara yang sama terjadi kepada pelakon
popular, Fauzi Nawawi apabila gambarnya bersama keluarga diguna tanpa kebenaran
oleh pihak tidak bertanggungjawab ini.
Jadi, menerusi media sosial, Fauzi berkongsi gambar
tangkap layar bagaimana gambarnya sekeluarga digunakan dalam skim pelaburan
yang didakwa halal.
Kalau sudah gunakan gambar orang lain tanpa kebenaran, di manakah halalnya itu? Jelas ia adalah perbuatan ‘scammer’ yang mahu memperdayakan orang ramai.
Sebagai figura umum, gambar yang digunakan tanpa kebenaran boleh mendatangkan masalah pada kemudia hari.
Sewenang-senangnya menggunakan logo halal sedangkan perniagannya adalah haram.
Menurut Fauzi, dia menyeru agar pihak tidak bertanggungjawab ini tidak menaikkan kemarahannya dan dengan segera memadam hantaran tersebut.
“Salam semua semoga anda dan keluarga dilindungi
Allah daripada kesulitan dan kesusahan hidup.
“Saya tak suka nak marah-marah pepagi ni tapi tolonglah
jangan buat hal yang boleh menaikkan nafsu amarah orang lain dengan buat kerja
tak betul ni.
“Kepada akaun Facebook dan Instagram yang saya post ni tolong padam gambar saya dan famili yang tiada kena-mengena dengan pelaburan anda. Kami tak tahu-menahu pun tentang pelaburan tu dan gambar kami sekeluarga dijadikan alat untuk menarik minat pelabur. Kalau minta izin sekurang-kurangnya kami tahu,” tulisnya.
Fauzi memberi amaran selama 12 jam kepada pihak berkenaan untuk memadam hantaran yang dibuat.
Sementara itu, Fauzi juga memberi amaran akan
membuat laporan polis seandainya pihak berkenaan tidak memadam hantaran
tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.
Malah, jelasnya dia tidak kisah kalau gambarnya
digunakan untuk perkara yang bemanfaat tetapi bukan seperti ini.
“Kalau pelaburan tu sejenis scammer, apa jadi pada pelabur dan keluarga saya? Saya minta sangat akaun ni dipadam dalam masa 12 jam dari sekarang atau saya akan buat laporan polis.
“Saya tak kisah kalau gambar kami digunakan untuk
tujuan promosi produk atau program yang manfaat! Tapi jangan salah gunakan. Saya
berterima kasih pada yang tolong bagi tahu saya tentang akaun-akaun palsu yang menguna
pakai gambar artis dan selebriti.
“Saya harap sangat anda semua bagi kerja sama pada kami sebelum lebih ramai lagi yang teraniaya,” jelasnya.
Fauzi bersama isteri yang juga pelakon popular, Lisdawati.
Kadang-kadang terfikir juga, tidakkah pihak tidak bertanggungjawab itu tahu gambar yang digunakan itu adalah artis popular dan sudah tentu akan diketahui juga?
Atau mereka memang tahu tetapi sengaja menggunakannya untuk menarik perhatian orang ramai.
Mungkin mereka merasakan kebal daripada undang-undang atau menganggap artis hanya menggertak tetapi tidak berani bawa kes tersebut ke mahkamah? Ishhh, geram pula! - KitaReporters