Tabung Bantuan Bob Lokman! Lebih ramai artis tampil nak bantu
Published bySEMAKIN ramai rakan artis dan penggiat seni ingin turut serta menjayakan program amal membantu Bob Lokman. Kali ini program Tabung Bantuan Bob Lokman ini akan ke Johor di Warisan@7cafe Johor Bharu yang menaja venue program ini pada 26 Disember 2020 ini. Turut turun adalah konti radio online Bapakku FM yang diketuai DJ Isma Halil. : KitaReporters
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Bob Lokman:
https://kitareporters.com/search?search=bob+lokman
Sesi temu bual dan persembahan santai artis di konti bergerak akan bermula jam 9 malam dan peminat boleh serbu ke venue ini bagi sama-sama menghulurkan sumbangan sambil menjamu selera dan menonton secara live acara ini.
"Kami amat terharu atas kesudian artis dan penggiat seni yang sanggup tanpa memikirkan sebarang token namun bersetuju hadir bagi melunaskan tanggungjawab sosial bagi membantu rakan yang sedang dilanda musibah," kata Presiden IRAMA, Ayob Abd. Majid dalam satu kenyataan media.
Tabung Bantuan Bob Lokman adalah satu insitaif IRAMA atau nama penuhnya Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia, manakala Bapakku FM sebagai penganjur bersama.
Tabung Bantuan Bob Lokman telah dirasmikan oleh Dato' Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia di Warung Bapakku, Kg. Subang, Selangor pada 20 Disember 2020.
"Ada artis legenda seperti Jatt BDB, Ameng Spring, Rahmad Mega, Emma Rockers, Bandi Amuk, Malek Zabarjad amat kenal dengan Bob dan kesanggupan mereka sebagai rakan artis adalah wajar sebagai kenalan.
"Namun ada artis baru nak up pun, yang tak kenal pun sanggup hadir bagi sama-sama membantu menghulurkan sumbangan dan bakat yang ada," sambung Ayob yang terharu atas keprihatinan semua pihak membantu IRAMA menganjurkan program amal ini sejak dari 4 Disember 2020 lalu.
Turut hadir adalah bekas wartawan rockers Utusan Melayu Dan Melodi TV3, Nas Ahmad Dan Jaguh Bina Badan Malaysia, Sazali Samad. Turut membantu sebagai rakan media adalah stesyen radio swasta, Best FM. - KitaReporters