Hadapi krisis kewangan! Tapi Perak FC borong 5 pemain import! Selamat datang yob! Perak The Bos!
Published byPASUKAN Perak Football Club (Perak FC) bukanlah sebuah pasukan biasa atau istilah orang utara guna, team Perak ini bukan team 'ceroi' boleh kalahkan begitu sahaja. Nombor dan sejarah dah buktikan bahawa Perak memang power. Power sangat ke yop!!!
Untuk makluman, Perak FC adalah satu-satunya pasukan yang tidak pernah diturunkan atau terkeluar dari saingan liga utama sejak ia bermula dari tahun 2004 hingga tahun lepas.
Tahun ini? Belum tahu lagi sebab liga masih berjalan. Power tak power team ini. Team lain semua pernah diturunkan pangkat.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Perak FC
Sejarah tetap sejarah. Kalau nak sembang sejarah, Selangor pernah jadi gergasi bola sepak Malaysia sebelum ini dengan pelbagai kejuaraan. Kita nak lihat prestasi semasa ketika ini. Adakah skuad kendalian Chong Yee Fat bakal mencipta sejahrah baharu akan tersingkir ke Liga Perdana pada musim hadapan?
Musim ini skuad The Bos Gaurus dihimpit dengan pelbagai kontroversi dan paling utama adalah masalah gaji.
Ketika ini Perak berada di kedudukan nombor 10 yop, bahaya itu yop oiii.
Saingan untuk slot nombor 11 ketika ini masih berbuka tatkala UiTM FC seperti sudah mengesahkan akan turun ke Liga Perdana musim hadapan melainkan mereka catat kesemua kemenangan dalam perlawanan yang berbaki pada pusingan kedua.
Kredit foto: FB Kuala Lumpur City
Tamparan hebat juga buat Perak FC ini apabila beberapa pemain utama mereka 'angkat kaki' berhijrah ke kelab baharu. Ye lah, pemain pun nak cari pasukan yang lebih stabil untuk bagi makan keluarga mereka. Kalau selalu sangkut bayaran, pening kepala nak bagi makan dan bayar komitmen.
Antara pemain bintang yang berhijrah adalah Nazirul Naim yang berkelana ke Sabah FC manakala J Partiban dan Kenny Pallray pula ke Kuala Lumpur City.
Pemain paling disayangi fan Perak, ialah Shahrol Saad. Beliau bersama Guelherme De Paula ke Johor Darul Ta'zim.
Untuk De Paula ini kebanyakan fan Perak memang mengalu-alukan beliau berhijrah. Namun jangan terkejut nanti kalau dia meletup bersama pasukan baharu.
Kredit foto: FB Johor Southern Tigers
Tak sia-sia usikan penyokong Sabah ketika itu, mencuba nasib dan akhirnya Nazirul Naim datang betul-betul ke Sabah. Boleh claim royaliti kat Persatuan Bola Sepak Sabah?
Namun begitu, di sebalik krisis kewangan yang dihadapi, pasukan Perak FC tetap rancak membuat pembelian tanpa rasa bersalah dan seperti tiada apa-apa yang berlaku dalam pasukan ini.
Bukan satu, bukan dua bukan tiga tetapi 5 pemain import diambil. Fuhhhh memang betul-betul borong sakan ye, ke ada jualan hebat ketika itu buy 1 free 1.
Pencapaian terbaik Perak FC dalam saingan Liga Super adalah berada di kedudukan kedua liga sebanyak dua kali iaitu pada musim 2006/2007 dan musim 2018. Bolehlah untuk dibanggakan sekurang-kurangnya dapat menjadi pencabar utama liga kan?
Piala terakhir mereka menang pula adalah Piala Malaysia pada tahun 2018 dan selepas itu, terus kempunan kejuaraan hingga saat ini. Jangan jadi seperti Liverpool, menang sekali terus diam.
Adakah Perak FC akan bangkit daripada mengelak tersingkir ke Liga Perdana atau mereka bakal catat satu sejarah baharu untuk pasukan ini?
Untuk penyokong Perak, teruskan sokong Perak kerana mereka memang perlukan semangat dari pemain ke-12 untuk bangkit dan berjuang demi lencana di dada.
Penulis juga berharap isu yang berbangkit dalam kalangan pemain Perak dapat diseesaikan dengan baik dan kembali menjadi pasukan pencabar utama Liga Super. - KitaReporters