Sebahagian daripada kebun sayur di Kea Farm
Tidak puas mata memandang melihat kehijauan tanaman
Tiada siapa menjangkakan 'kemunculan' secara tiba-tiba COVID-19 membawa jumlah kematian yang tinggi di seluruh dunia dan sehingga kini wabak itu masih belum berakhir. Negara-negara terbabit masih lagi bekerja keras mengekang penularan wabak itu. Bagaimanapun di Malaysia, keadaan semakin terkawal.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga semakin dilonggarkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan hampir semua perkhidmatan sudah dibenarkan beroperasi.
Jangan lupa patuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) tau!
Situasi ini sudah pasti memberikan seribu kelegaan kepada semua pemain industri di Malaysia.
Tidak terkecuali industri pelancongan yang terjejas teruk kerana operasi terpaksa dihentikan serta merta.
Zero income selama tiga bulan amat memeritkan!
Hotel pun terkesan. Sampaikan ada yang terpaksa ditutup atau kecilkan jumlah kakitangan. Di pulau, tanah tinggi pun di bandar-bandar, kalau tidak berdaya terpaksa gulung tikar.
Strawbery dan Cameron Highlands berpisah tiada
Sama seperti destinasi pelancongan lain, pusat peranginan tanah tinggi, Cameron Highlands juga sunyi sepi ketika PKP. Hotel, resort dan homestay semua tutup.
Food delivery sahaja yang boleh gerak.
Jadinya, kebanyakan pengusaha hotel terpaksa mencari alternatif lain untuk generate income.
Hotel Copthorne yang terletak di Brinchang, Cameron Highlands mengambil langkah bijak apabila memperkenalkan pakej penginapan bersekali dengan aktiviti lawatan di beberapa lokasi menarik tumpuan pelancong.
Semua dilakukan demi untuk mengembalikan kerancakan sektor pelancongan yang baru dibuka 15 Jun 2020 lalu.
Sebaik dibuka lebih 300 bilik sudah ditempah!
Hotel Copthorne dengan kerjasama rakan strategik mereka baru-baru ini telah melancarkan '7 Wonders Copthorne' sebagai produk baru dalam mempromosikan Kea Farm sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di Cameron Highlands.
Ops..sediakan RMnya sahaja kerana ia bukan sekadar jalan-jalan makan angin tetapi juga lokasi untuk membeli belah! Jom cuti-cuti Cameron Highlands.
Pintu gerbang sebelum memasuki Kea Farm
Laluan berbatu yang perlu dilalui di sepanjang jalan
Wartawan majalah Santai Travel, Azli Khairi tidak melepaskan peluang merakam pemandangan serba hijau di Ladang Kea
Deretan pokok strawbery di Ladang Kea
Pekerja ladang membawa sayuran ke pusat pengumpulan sebelum dipasarkan.
'7 Wonders Copthorne' yang dimaksudkan ialah Mossey Forest, Ladang BOH Sungai Palas, Kea Farm Market, Cactus Point, S'Corner Central Market, Fragrance Flowers dan Ee Feng Gu Honey Bee Farm
Antaranya, aktiviti 'Guided Evening Walk Across The Farmland' sejauh hampir tiga kilometer yang mengambil masa lebih kurang sejam setengah perjalanan untuk rakam kenangan di ladang strawberi dan kebun sayur pasti menyeronokkan.
Pemandangan serba menghijau dan sejuk mata memandang.
Tujuh tarikan ini dipilih berdasarkan keunikan produk dan sentiasa menjadi daya tarikan pelancong jika berkunjung ke tanah tinggi ini.
Rugi tak pegi. Marilah menginap di Hotel Copthorne..boleh jalan-jalan di tempat istimewa ni!!!
Hotel Copthorne juga mengadakan promosi utama 'e-baucar RM50' bermula pertengahan Mei 2020 lalu dan lebih 15,000 e-baucar dan 50,000 keping baucar telah diagihkan.
Pengurus Besar Hotel Copthorne, Patrick Tee Puat Heng, berkata lebih 20 organisasi yang menjadi rakan strategik termasuk Public Bank mempromosikan e-baucar kepada 165,000 pemegang kad bank berkenaan dan Petron kepada 10 juta ahli mereka di seluruh negara.
Bergambar kenangan sebelum aktiviti 'Morning Walk' dalam Ladang Kea
"Dua kaedah ini adalah salah satu cara untuk memastikan kami akan terus beroperasi tanpa menjejaskan pendapatan yang serius," katanya pada majlis Pelancaran '7 Wonders Copthorne' oleh
Pengarah Pejabat Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) Pahang, Datuk Idros Yahya di Brinchang, Cameron Highlands.
Dalam norma baharu, adalah penting untuk sesebuah hotel mencari rakan strategik agar dapat terus beroperasi. Penting juga bagi pihak hotel mempromosikan lokasi menarik untuk dilawati dan bukan sekadar mempromosikan hotel semata-mata. - KitaReporters
Pengarah Pejabat Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) Pahang, Datuk Idros Yahya (dua dari kiri) melihat papan tanda ketika melancarkan 7 Wonders Copthorne' di Brinchang, Cameron Highlands. Turut hadir Pengurus Besar Hote Copthorne, Patrick Tee Puan Heng (kanan); Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Hafiz Hazin (kiri); dan Pengurus Besar Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokhtar (dua dari kanan).