Nak phone ambillah! Tapi gambar di dalamnya sangat berharga! Gambar arwah ibu baru meninggal!
Published by"Mohon jasa baik sesiapa yang jumpa, nak ambil telefon silakan tapi gambar itu sangat berharga." Satu kenyataan yang nampak pelik.
Bagi sesetengah kita terlalu banyak memori bersama ibu tercinta yang kita simpan semasa hayatnya. Namun memori bersamanya akan kekal dapat dilihat daripada gambar-gambar dan juga video-video yang dirakam untuk mengingatinya sepanjang ibu kita semua masih lagi hidup.
Bagaimanapun oleh kerana kemalangan jalan raya, seorang pemuda yang bekerja sebagai penghantar FoodPanda hilang telefon bimbitnya semasa kemalangan berlaku.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ibu
Kisah pemuda ini tular dalam media sosial kerana abangnya memohon sesiapa yang menjumpai telefon bimbit jenis iPhone 11 milik adiknya di lokasi kejadian kemalangan tersebut agar dapat mengembalikan telefon milik adiknya.
Ini kerana mereka semua baru sahaja kehilangan ibu tercinta pada 10 Julai 2021 yang lalu. Mereka mahukan telefon tersebut kerana segala gambar kenangan bersama arwah ibu mereka ada di dalam telefon yang hilang tersebut.
Abang kepada lelaki ini berharap sangat kepada sesiapa yang menjumpai telefon adiknya untuk memulangkan telefon milik adiknya.
Nak ambil telefon silakan tapi gambar itu sangat berharga.
Rata-rata netizen yang membaca perkongsian ini berharap sangat agar orang yang menjumpai telefon ini memulangkan balik.
Netizen juga berharap agar adik ini cepat sembuh daripada kemalangan yang menimpa dirinya dan mengucapkan takziah diatas pemergian ibunda mereka tercinta pada bulan Julai 2021 lalu. - KitaReporters