KAPSYEN GAMBAR FEATURE

NUR Ain Nabilah Tarmizi (kanan) dan Aleena Ahmad Nawawi menayangkan replika cek RM10,000 sebagai Atlet Terbaik SAM-100Plus 2023 pada majlis penyampaiannya di ibu negara. - Kredit foto BNM


PASANGAN negara wanita, Nur Ain Nabilah Tarmizi/Aleena Ahmad Nawawi mengukir sejarah dengan menjadi gandingan pemain boling padang pertama yang dinobatkan selaku Atlet Terbaik Anugerah SAM (Persatuan Penulis Sukan Malaysia)-100PLUS pada Khamis, 6 Jun 2024.

Gandingan juara Kejohanan Dunia di Gold Coast, Australia itu turut menggondol trofi anugerah edisi ke-25, 2023 ini berserta ganjaran RM10,000 pada majlis penyampaiannya di ibu negara yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.


NATASHA Roslan (kanan) yang menewaskan rakan senegara, Sin Li Jane 259-194, 162-238 dan 185-165 jatuhan pin untuk muncul juara perseorangan wanita Kejohanan Boling Dunia di Kuwait pada 9 Oktober 2023. - Kredit foto MOM


Ain/Aleena mengejutkan pencabar terdekat yang turut disebut-sebut bakal memenangi mereka itu Natasha Roslan yang juga juara perseorangan wanita Kejohanan Boling Dunia di Salmiya, Kuwait pada 9 Oktober 2023. 

Tiga lagi calon ialah pemenang pingat emas skuasy perseorangan lelaki dan wanita Sukan Asia Hangzhou 2023, Ng Eain Yow dan S. Sivasangari serta juara changquan Kejohanan Wusyu Dunia di Texas, Wong Weng Soon.  


NUR Ain Nabilah Tarmizi (kanan) dan Aleena Ahmad Nawawi menayangkan pingat emas acara berpasangan wanita Kejohanan Boling Padang Dunia 2023 di Gold Coast. - Kredit foto NANT 


Ain/Aleena mencatat kejayaan bersejarah boling padang negara itu setelah menumpaskan pasangan Malta, Rebecca Rixon/Connie Leigh Rixon 15-11 pada perlawanan akhir di Kelab Boling Padang Broadbeach, Gold Coast pada 10 September 2023.

Anugerah SAM-100Plus bagi kategori Atlet Terbaik yang diperkenal pada 1995 hanya kerap menyaksikan para pemenangnya dalam kalangan pemain badminton, penembak, atlet karate, perenang dan penerjun akuatik, skuasy, bina badan dan berbasikal serta boling. - KitaReporters


ALEENA Ahmad Nawawi dan Nur Ain Nabilah Tarmizi (tengah) memperagakan Jalur Gemilang ketika menaiki podium pemenang pingat emas acara berpasangan wanita Kejohanan Boling Padang Dunia 2023. - Kredit foto NANT  


ATLET TERBAIK SAM:

1995: Cheah Soon Kit/Yap Kim Hock (badminton)

1996: Cheah Soon Kit/Yap Kim Hock (badminton)

1997: Nurul Huda Baharin (menembak)

1998: Lim Keng Liat (renang)

1999-2001: Tiada anugerah            

2002: Lim Keng Liat (renang) dan S. Premila (karate)

2003: Lim Keng Liat (renang)

2004: Bryan Nikson Lomas (terjun)

2005: Nicol Ann David (skuasy)

2006: Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (badminton)

2007: Wong Mew Choo (badminton)

2008: Lee Chong Wei (badminton)

2009: Azizulhasni Awang (berbasikal)

2010: Pandelela Rinong (terjun)

2011: Nur Suryani Taibi (menembak)

2012: Pandelela Rinong (terjun)

2013: Sazali Samad (bina badan)

2014: Nicol David (skuasy)

2015: Pandelela Rinong (terjun)

2016: Lee Chong Wei (badminton)

2017: Azizulhasni Awang (berbasikal)

2018: Rafiq Ismail (boling)

2019: Azizulhasni Awang (berbasikal)

2020/2021: Datuk Azizulhasni Awang (berbasikal)

2022: Datuk Syarul Azman Mahen Abdullah (bina badan)

2023: Nur Ain Nabilah Tarmizi/Aleena Ahmad Nawawi (boling padang)

 

15
10
0
13
0

Copy Link: