Video| ASGV masuki minggu ke-8! Cuak nyanyikan lagu pilihan Ramli MS! Ezad tercicir! Lepas ni Aliff?
Published byAll Stars Gegar Vaganza (ASGV) semakin memperlihat kesungguhan peserta untuk tidak tersingkir. Namun langkah berhati-hati memberikan persembahan seperti memakan diri sendiri sehingga banyak kesilapan dilaku hingga markah menjadi rendah.
Ketiga-tiga juri bersetuju berjaya menyampaikan lagu secara bersahaja tetapi berkesan dan memberi tepukan berdiri.
Sementara Liza Hanim berjaya konsisten dalam menduduki tiga tangga teratas dan dipuji oleh juri, Datuk Shafinaz Selamat.
Juri Hetty Koe Endang memuji cara nyanyian Nana yang pandai mengelak melakukan kesalahan ketika membawa lagu ‘Tiada Kepastian’ yang dipopular oleh Ziana Zain.
Aliff Aziz kini berada dalam radar juri untuk disingkir pada minggu-minggu berikutnya. Aliff gagal menarik minat juri ketika membawakan lagu ‘Gerhana Cinta Luka’ yang dipopular oleh kumpulan Iklim hingga menduduki tangga ketiga dari bawah.
Sementara Nikki Palikat yang selama ini sentiasa berada dalam senarai pertengahan, persembahannya kurang bermaya ketika membawa lagu ‘Selagi Ada Cinta’ yang dipopular oleh Ning Baizurah sehingga menjadi peserta di tangga kedua terbawah.
Izad Lazim seperti sudah merasa dirinya menjadi peserta kelapan yang tersingkir daripada ASGV.
Tambahnya, dia terpaksa menaiki lori polis untuk hadir menyertai ASGV minggu ke-7.
Para peserta kini cuak untuk mempersembahkan nyanyian dalam minggu ke-8 ASGV atau Gegar Vaganza (GV) musim ke-10 (GV10) ini nanti.
Ini kerana kesemua lagu dipilih oleh Ketua Juri, Ramli MS. Lagu-lagu yang dipilih adalah lagu-lagu popular tetapi di luar kebiasaan atau minat para peserta. Sebahagian lagu berirama dangdut, asli dan berbahasa Inggeris.
Penonton akan melihat cara Siti Norliana menyanyi lagu berbahasa Inggeris, ‘Baby One More Time’ yang dipopularkan oleh Britney Spears. Juri Syafinaz akan memastikan sebutan Nana betul.
Hadi Mirza pula perlu bergelek lain daripada gelek Datuk M Daud Kilau apabila menyampaikan lagu ‘Cik Mek Molek’. Sementara bagaimana lucunya nanti melihat Aliff Aziz menyampaikan lagu ‘Cek Mek Molek’ yang dipopularkan oleh Datuk M Daud Kilau.
Sementara itu Naqiu perlu kreatif mendendangkan lagu ‘Kuda Hitam’ yang dipopularkan oleh Hetty Koes Endang. Persembahan kesemua peserta dalam minggu ke-8 dapat dibayang penuh kelucuan dan menghiburkan. - KitaReporters
Berikut adalah kedudukan kedudukan peserta All Stars Gegar Vaganza minggu ke-7:
01. Hady Mirza (79.25 mata)
02. Jaclyn Victor (75.75)
03. Liza Hanim (70.25)
04. Naqiu (70.00)
05. Siti Nordiana (67.00)
06. Tomok (66.25)
07. Azharina Azhar (65.50)
08. Noryn Aziz (60.75)
09. Aliff Aziz (60.00)
10. Nikki Palikat (59.75)
11. Ezat Lazim (58.00) - Tersingkir