Berkat aspirasi Keluarga Malaysia! Kemesraan penduduk kembali bertaut! Dapat anjur program komuniti!
Published byBERKAT aspirasi Keluarga Malaysia program komuniti Persatuan Penduduk Jalan Kiambangsari (PPJK), Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor akhirnya berjaya dilaksanakan selepas tertunda lebih dua tahun setengah berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara.
Hasrat penduduk pelbagai kaum dalam komuniti itu untuk menganjurkan program Kempen Cegah Denggi, Keselamatan Kebakaran dan Penyerahan Sumbangan kepada ibu tunggal serta anak asnaf yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dapat diadakan pada 24 Julai 2022 lalu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan program persatuan penduduk
Marina Jayaseelan (empat dari kanan) bersama ahli Jiran Wanita PPJK.
Program itu diadakan di Dataran Kiambangsari dan mendapat
kerjasama dari Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Pejabat Dewan Undangan
Negeri (DUN) Batang Kali, Jabatan Kesihatan Hulu Selangor serta Jabatan Bomba
dan Penyelamat Hulu Selangor.
Program itu dianjurkan bersama antara PPJK dan Ahli Majlis
Hulu Selangor (Zon 22), Marina Jayaseelan yang turut merasmikan majlis kempen
berkenaan.
Pengerusi PPJK, Zaharin Md Sah, berkata tujuan program itu diadakan bagi mendidik masyarakat dalam pelbagai perkara penting terutama kempen pencegahan denggi dan keselamatan kebakaran kejiranan terbabit demi kesejahteraan hidup dan menyelamatkan nyawa.
Menurutnya, di samping itu program berkenaan juga untuk tidak ketinggalan menyantuni ibu tunggal dan anak asnaf yang cemerlang dalam keputusan SPM 2021 lalu memandangkan kehidupan mereka serba kekurangan tetapi tetap mengutamakan pelajaran.
Harumaini (duduk tengah) bersama komuniti PPJK yang hadir pada program berkenaan.
Jelas Zaharin, sebagai menyahut saranan kerajaan dalam aspirasi Keluarga Malaysia, program berkenaan mampu meningkatkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan penduduk pelbagai kaum di komuniti itu apabila membabitkan diri dengan aktiviti sosial ke arah gaya hidup sihat.
“Saya berasa amat bersyukur apabila program ini berjalan lancar dan mendapat sambutan mengalakkan daripada kejiranan Kiambangsari ibarat kemesraan kembali bertaut kerana sebelum ini terpaksa berkurung dalam rumah dalam usaha membantu membanteras wabak Covid-19.
Anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat Hulu Selangor menunjukkan demonstrasi memadam api kebakaran pada program Kempen Cegah Denggi, Keselamatan Kebakaran dan Penyerahan Sumbangan Persatuan Penduduk Jalan Kiambangsari (PPJK), Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor.
“Saya juga mengucapkan terima kasih atas komitmen AJK PPJK
yang bersungguh-sungguh menjayakan program berkenaan sesudah melepasi pendemik
Covid-19 selama hampir dua tahun setengah ke endemik dan terharu dengan sumbangan
dari Yayasan Taqwa dan Yayasan Ansor Al Hadith bagi memastikan majlis ini
berjalan lancar,” kata Zaharin lagi.
Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali, Harumaini Omar turut hadir bagi menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal dan anak asnaf terbabit. - KitaReporters
Komuniti PPJK menikmati jamuan yang disediakan pada program itu.