Video| Kerja 1 jam? Pembaca berita jawab dakwaan! 1 jam itu siaran sahaja! Belakang tabir berjam-jam!

Published by
KitaReporters


GELAGAT pembaca berita atau penyampai berita di sebuah rangkaian stesen televisyen terkenal menjawab persoalan sama ada pekerjaan mereka itu hanya memerlukan khidmat tempoh bekerja selama satu jam mengikut jumlah waktu siaran menjadi tular dengan hampir 3 juta tontonan.

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna media sosial bernama @nurshahassan, kelihatan gelagat mereka yang tampil dengan aksi melucukan dengan merakam video mengikut trend dalam aplikasi TikTok sebagai reaksi menjawab dakwaan itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pembaca-pembaca berita


1 jam itu siaran sahaja. Belakang tabir berjam-jam,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Meninjau dalam ruangan komen, warga maya turut terhibur aksi bersahaja dua pembaca berita itu mengikut rakaman trend terkini untuk menjawab persoalan itu.




“Dia ingat lepas siaran langsung terus balik ke,” ujar @razs.

“Teringat masa kecik, pernah berangan nak jadi pembaca berita sebab kononnya kerja 1 jam sahaja lepas itu terus balik,” kongsi @aini.

“Alahai yang komen pun, dia ingat sampai studio terus baca ke,” jelas @Official_InstaStore. - KitaReporters


10
11
0
13
0

Copy Link: